Wednesday, 30 January 2013

Larangan Penganut Kristian Menggunakan Kalimah Allah Untuk Terjemahan God Pada Injil




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama

Menterjemah God Dalam Bible Kepada Allah Adalah Salah Lagi Menyeleweng


Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah - Matthew 14:33.

Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.Bagaimanakah para pemimpin ini bolehmenyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat yang salah?Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).
"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).
"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?


Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.


Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama




Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

Gambar: Imej terbaharu Azza bersama suaminya Azlan. Foto: Twitter milik Azza

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

“Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

“Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

“Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.

“Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

“Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga,” tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

“Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

“Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

“Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -msta

Monday, 14 January 2013

Three million gather for annual Tabligh meet



Daily Times,14 January 2013
TONGI (Bangladesh), Jan 14: At least three million Muslims gathered to pray on the banks of a river near the Bangladeshi capital as the world’s second-largest annual Islamic congregation ended on Sunday.

Devotees flocked to the River Turag at Tongi, some 40 kilometres (25 miles) north of Dhaka, as an imam from India led the concluding prayer of the Biswa Ijtema, or World Muslim Congregation.

Local television stations broadcast images of pilgrims crying as they raised their hands in prayer on both banks of the river, and on bridges, roads and rooftops along the venue.

Organiser Nurul Islam said Indian imam Jobayer Hasan, a leader of Tabligh Jamaat, an Islamic group that has been holding the event since 1964, conducted the prayer in Urdu, seeking divine help for the world’s 1.5 billion Muslims.

“We’ve estimated that more than three million people joined the final prayer. Some eight to 10 kilometres of road leading to the venue were clogged up with people,” he said, adding that around 30,000 foreigners joined the congregation.

The normally congested streets of Dhaka looked deserted on Sunday, a week day in the Muslim-majority country, as people took trains, buses and private cars to attend the prayer.

For the last three days devotees have braved chilling temperatures as they prayed and listened to Islamic scholars in marquees, with Bangladesh experiencing its coldest winter since independence in 1971.

Tabligh Jamaat, a non-political organisation which has tens of millions of followers across the globe, urges people to follow the tenets of Islam in their daily lives.

The Biswa Ijtema is the second largest annual gathering of Muslims in the world, after the Hajj pilgrimage to Makkah. It became so popular among Bangladeshi Muslims, mostly rural poor who can’t afford the Hajj, that the organisers started hosting the event in two phases last year.

The second phase, which also lasts three days, will begin on January 18.