Friday, 8 May 2015

Amalan Bismillah 5.




Bismillahirrohmanirrohim1
 Di antara beberapa amalan dalam ikhtiar mengelak sihir, santau dan penyakit-penyakit fizikal adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5. Jadikanlah Bismillah 5 sebagai amalan harian selepas solat, ketika keluar rumah dan semasa nak tidur. InsyaAllah dengan mengamalkannya kita akan mendapat perlindungan Allah.

Bismillah 5
Makna Ayat
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara khasiat Bismillah
  • Penawar bisa diri
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Penawar bisa-bisa badan
  • Penawar bisa batu merian
  • Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
  2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
  3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat. (Mama.Wafi dah pernah cuba masa Wafi demam dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, sembuh demam Wafi itu.)