Saturday, 8 April 2017

Pembuktian Sains Berkaitan Cerita Labah-Labah Dalam Surah Al Ankabut





Kalau kita membaca alQuran tanpa memahami maknanya dan tidak mengetahui maklumat tentang biologi labah labah, maka kita tidak dapat merasai keajaiban (keindahan) ayat ini.

Antara yang menarik dalam ayat ini ialah perkataan al ankaboot ittakhoza baita. Perkataan ittakhozat..besifat mu'annas (perbuatan membuat..dalam bentuk perbuatan yang dilakukan oleh labah labah betina). Anda tahu tak bahawa labah labah yang membuat sawang adalah labah labah betina. Labah labah jantan tidak ada rumah...bangsat..kata orang kedah. Labah labah jantan dah lah kecil sahaja badannya ada yang 100 x ganda lebih kecil, bahkan tak ada rumah.Manalah labah labah betina nak berkahwin dengan labah labah jantan.


Sebab itu apabila si labah labah jantan cuba memikat labah labah betina, bak kata orang dulu dulu, labah labah betina ' bo layan'. Cubaan untuk mendatangi labah labah betina disarang/ rumah labah labah betina akan menyebabkan labah labah jantan kena terajang dengan labah labah betina. Labah labah jantan akan menggunakan kepintarannya untuk memikat si labah labah betina. Umpamanya membuat bunyi atau menghadiahkan serangga kecil yang dibalut dengan sutera yang dirembeskan olehnya untuk dihadiahkan kepada labah labah betina. Labah labah yang terpikat dengan pujuk rayu labah labah jantan akhirnya menyerah diri dan bekahwinlah mereka.

Setelah mereka berkahwin, si labah labah betina mula merancang perancangan jahatnya dengan;

1. Dengan tipu daya yang licik, labah labah betina akan makan@ menyaplok suaminya si labah labah jantan.
Atau
2. Labah labah betina ( isteri) mempelawa labah labah jantan ( suami)...untuk tinggal bersama samanya di banglonya (spiderweb) sebab suaminya itu kan tak punya rumah. Si isteri merancang perkara yang lebih dahsyat.
3. Apabila telur telur labah labah betina menetas, isterinya ( labah labah betina,,,,) akan mengajar anak anaknya makan bapaknya ( labah labah jantan).
Ini adalah peristiwa yang sedih dalam rumah tangga labah labah.
Cuba anda baca ayat dalam surah al Ankaboot ini. Allah swt menyatakan bahawa rumah( tangga) yang paling reput adalah rumah(tangga) labah labah.
Sesungguhnya rumah(tangga) yang paling reput adalah rumah(tangga) labah labah labah kalaulah mereka mengetahui.
,* bayt..juga dimaksudkan sebagai al usrah..atau keluarga.
Rujukan...Hans WehrbArabic English Dictionary.
Lisan al Arab.

Rujukan Fb Prof Dr Arif Kasmo

No comments:

Post a Comment