Thursday, 20 April 2017

Ahok kalah di Jakarta: Kebangkitan politik kanan dan mitos media liberal



KEPUTUSAN
 tidak rasmi pemilihan gabenor Jakarta, Anies Baswedan menang, Ahok kalah (sumber: Reuters). CNN melihat kemenangan ini petanda kebangkitan konservatisme. Agama dan semangat kebangsaan pengaruhi politik kontemporari Indonesia.
Anies disokong Prabowo Subianto, calon nasionalis pilihan raya presiden Indonesia 2014. Sementara Ahok dalam kem Jokowi. “A Baswedan win will be seen as a major blow to Jokowi”, menurut CNN. Media antarabangsa membayangkan Anies berpotensi jadi presiden Indonesia, 2019.


Jakarta, wilayah kosmopolitan, tetapi politik konservatisme jadi pilihan. Ini trend universal, yang sedang berlaku di Turki, Filipina dan negara Asia lain. Begitu juga di Eropah dan Amerika Syarikat, politik aliran kanan menjadi pilihan. Brexit, Presiden Trump, Putin, Xi dan Modi (India) mencerminkan etos politik sedemikian. Di German (parti NPD dan AFD) dan Austria (parti FPA), aliran kanan semakin kuat. Di Perancis, France’s National Front popular disebabkan agenda nasionalisme.
Wacana dalam sains politik mengisyaratkan revolusi sentimen global, ke arah politik kebangsaan (“the rise of nationalism”). Kajian juga mendapati, media liberal aliran kiri dalam banyak kes gagal “menangkap” sentimen ini, seperti yang berlaku sewaktu pilihan raya yang dimenangi Trump. Dalam pertembungan Anies dan Ahok di Jakarta, media liberal mencanangkan prospek kemenangan Ahok.
Di Malaysia, suara bukan arus perdana diperbesar-besarkan seolah-olah mewakili keseluruhan masyarakat. Aspirasi liberal dan multiculturalism radikal dipromosi seolah-olah suara majoriti. Realiti politik peringkat global menunjukkan keadaan sebaliknya.
Hakikatnya, agenda media tidak semestinya mencerminkan agenda awam.
Ahmad Farami
Pensyarah UiTM

No comments:

Post a Comment