Dalam cuaca yang agak panas dan terik sekarang ini, ramai yang mudah dijangkiti batuk. Bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Apabila anak diserang batuk, memang rasa tak selesa dan asyik hendak meragam sahaja. Selera makan anak-anak pun akan menurun disebabkan tekak terasa perit dan sakit.

Memberi anak-anak minum ubat dari klinik bukan tugas yang mudah. Biasanya ia akan disudahi dengan tangisan dan akhirnya anak akan muntah.

Cuba buat rawatan semula jadi yang menggunakan pisang untuk merawat batuk. Resipi luar biasa ini ternyata berkesan menghilangkan batuk.