Showing posts with label Dakwah Dan Gerakan Islam. Show all posts
Showing posts with label Dakwah Dan Gerakan Islam. Show all posts

Saturday, 1 July 2017

Mufti WP cadang semua penerbangan dimulakan dengan doa


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kesemua syarikat penerbangan tempatan disarankan memulakan penerbangan mereka dengan doa, demikian menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
 
Ujarnya berdoa merupakan satu amalan yang baik, sebagaimana yang dituntut kepada umat Islam supaya berdoa sebelum memulakan sebarang perjalanan supaya sentiasa dalam keadaan yang selamat dan lancar.

Wednesday, 7 June 2017

Krisis Arab-Qatar: Ikhwan Muslimin dan Rusia


Krisis Arab-Qatar: Ikhwan Muslimin dan Rusia
Bekas Presiden Mesir, Morsi, Negara Teluk dan Hasan Al-banna.


    “JIKA bangsa Arab menjadi hina, Islam akan turut dihina” (Hasan al-Banna) Arab Saudi, Mesir, Emiriyyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, kerajaan Yaman dan Libya pro-Saudi, serta terbaru Maldives telah memutuskan hubungan dengan Qatar.

    Saham milik Qatar terus jatuh merudum manakala laluan darat, laut serta udaranya pula dikenakan sekatan.

    Tuesday, 6 June 2017

    Apa Beza ABIM dengan IRC?



    Analisis Isu


    Baru-baru ini lebai dihantar video petikan ucapan almarhum Ustaz Nikmat Yusof pegasas Maahad Tarbiah Derang di Pokok Sena Kedah. Tak pasti apa tujuan dihantarnya video lama ini. Maybe untuk tunjukkan tahaluf dengan UMNO-PAS gagal dan PAS dikhianati oleh UMNO atau mungkin nak cerita bagaimana PAS yang nazak ketika itu dibantu oleh ABIM.

    PAS mengalami banyak perubahan dan pergolakan jika kita mengkajinya secara mendalam. Hari ini lebai akan fokus tentang ABIM dan IRC.


    Thursday, 11 May 2017

    Pemimpin Politik Cina Hina Islam, Dipenjarakan 2 Tahun



    Putrajaya: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, hari ini dijatuhi hukuman penjara 2 tahun setelah didapati bersalah menghina Islam. Ahok telah dihadapkan ke Mahkamah bermula pada tahun lepas atas tuduhan menghina Islam semasa berkempen untuk dipilih semula sebagai gabenor dengan kesalahan memetik Surah Al-Maidah sewenang-wenangnya. 

    Berita penghinaan beliau terhadap Islam mencetuskan beberapa siri protes termasuk protes sejuta ummat yang diadakan pada 2 Disember 2016, menyaksikan kota Jakarta bermandikan warna putih. Berita beliau dipenjarakan disambut dengan teriakan syukur, ‘Allahuakbar’ orang ramai yang sudah berkumpul diperkarangan Mahkamah sedari awal.

    Sunday, 7 May 2017

    Dari IRC, JIM, IKRAM KE PAN



    Pernah pada satu ketika dulu saya bertanya pada Presiden PAS TGHH ketika beliau berkunjung ke kampus kami di UK apa itu Ikhwan Alami, dan bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh terlibat sama.


    Beliau menjelaskan Ikhwan Alami tidak muncul tiba-tiba dan IRC tidak muncul tiba. Ia ada susur galur sejarahnya…..pada hakikatnya tidak ada Ikhwan Alami, yang ada ialah ikwan Muslimin, dan ramai dari kalangan Ikhwan Muslimin diburu dan yang dibunuh oleh kerajaan sekular negara masing-masing..seperti Mesir dan Syria….orang Ikwan ini lari ke negara-negara Eropah dan Amerika….mereka migrate dan menjadi PR di negara luar dan kalau mereka kembali ke negara asal, mereka akan dibunuh oleh kerajaan masing-masing. TGHH kenal sebahagian besar dari mereka kerana TGHH sudah berada di Saudi dan Mesir sejak 1969 lagi dan kenali sebahagian besar pimpinan Ikhwan.

    Apabila TGHH melawat Amerika dan Eropah, TGHH bertemu dengan pelarian Ikhwan Muslimin ini secara rahsia dan secara terbuka dan meminta mereka supaya mendekati pelajar-pelajar Malaysia yang bakal menjadi orang-orang penting dalam negara 10-20 tahun akan datang. TGHH minta mereka dekati dan terbiyyah pelajar-pelajar dari pelbagai bidang profesional, maka di situlah mula lahir MISG di USA Canada dan IRC di UK. Ahli-ahli ABIM dalam kalangan pelajar turut sama menjadi ahli dalam IRC dan MISG tetapi tidak mendapat tempat dalam pimpinan NGO ini jika mereka pro-Anwar. Puak2 IRC yang tidak setuju dengan cara Ikhwan sebaliknya sokong Ayatolah Khomeni pada akhir 70an dan kemudian mereka tubuh Suara Islam (Islamic Voice) yang mana antara pemimpin Islamic Voice ialah Khalid Samad.

    Saturday, 22 April 2017

    Zakir Naik Taraf Penduduk Tetap Malaysia

    Zakir Naik

    PUTRAJAYA - Pendakwah antarabangsa dari India, Dr Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.

    "Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia," katanya ketika ditanya pemberita sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.

    Friday, 14 April 2017

    Terbuka hati untuk peluk Islam



    Terbuka hati untuk peluk Islam
    Mohd Aryan (tengah) mengajar Nur Aafreen (kanan) mengucap Syahadah,
    sambil disaksikan Muhammad Adam.


    SEREMBAN - Kedatangan seorang pelancong wanita dari Vietnam ke Kuala Lumpur memberi makna kepadanya apabila dia mengambil keputusan memeluk Islam dan melafazkan kalimah syahadah, semalam.

    Ha Tran Ngoc Trang, 30, melafazkan syahadah di hadapan Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Malaysia, Mohd Aryan Kailash Arumugam sambil disaksikan seorang rakannya, Muhammad Adam Yee Abdullah.

    Memilih nama Islam Nur Aafreen Ha Phu Lam, dia datang ke negara ini untuk bertemu rakan sebelum menyatakan hasrat untuk memeluk Islam yang sudah diidamkan setelah sekian lama.

    Wednesday, 12 April 2017

    Isu karikatur: KDN keluar surat tunjuk sebab

    KDN
    Kementerian Dalam Negeri (KDN)


    SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil ketua pengarang akhbar harian berbahas Cina berikutan penyiaran karikatur menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini telah dikeluarkan kepada akhbar harian berbahasa Cina itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

    Tuesday, 11 April 2017

    Tegur Siti Kasim, Mufti Digelar ‘Perak Camel F**ker’


    Gara-gara menegur Siti Kasim supaya mendalami Islam, Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Harussani bin Haji Zakaria telah menerima pelbagai kata-kata makian yang sarat dengan perkataan lucah dan kesat daripada kalangan para aktivis yang memihak kepada peguam wanita tersebut. Komen-komen memaki-hamun Mufti Perak yang ditinggalkan di laman Facebook milik Siti Kasim baru-baru ini dipercayai sebagai respon kepada nasihat Mufti Perak agar Siti Kasim mempelajari Islam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan. Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Tijah A/P Yok Chopil yang juga dikenali sebagai Han Yok Chopil (akaun fb, Han Yc) menempelak Mufti Perak sebagai mufti ‘sial’ (“Mufti sekarang mufti sial”) dan mengeji wajah Mufti dengan perkataan lucah (“Huru hara pya mufti muka pun muka puki jalang je”).

    Beliau yang pernah menandatangani surat bersama 372 penganut agama Kristian kepada Pope Benedict XVI yang antara isi kandungannya mengadu berkenaan kes murtad Lina Joy untuk memeluk Kristian, mendakwa Mufti Perak terlalu mementingkan harta benda (“Jenis harusani tak akan kenal erti retire kerana bagi mereka selagi hiduo selagi itu duit”) sehingga sanggup untuk mempergunakan Islam (“Itu la sudah nya jika agama hilang nilai nya kerana begitu mudah dikudakan umat nya utk kepentingan n membnarkan cara. Kesian sungguu islam”). 

    Sunday, 9 April 2017

    RUU 355 adalah dakwah, bersabarlah



    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله.
    1. RUU 355 adalah bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan Syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri khusus untuk umat Islam.
    2. Hukuman sebagai satu proses pendidikan adalah suatu yang rasional bagi seorang pelaku kesalahan yang tidak mampu disekat melakukan kesalahan oleh pendidikan berupa nasihat dan peraturan.
    3. PAS telah membentangkan hujah dan rasional RUU 355 di Dewan Rakyat secara rasmi pada 6hb April 2017 menerusi YB Marang dan YB Kota Bharu. Rakyat dan juga ahli parlimen mempunyai ruang masa yang luas untuk meneliti hujahan sebelum perbahasan dibuka nanti di Dewan Rakyat. Insya Allah lebih ramai yang menentang akan berubah menjadi pendukung apabila dakwah dan penjelasan diperluaskan.

    Lindsay Lohan berburkini di Thailand



    Lindsay Lohan berburkini di Thailand
    Lindsay Lohan tidak lagi tampil dengan bikini seksi di pantai.


    SELEBRITI terkenal antarabangsa, Lindsay Lohan pernah mengejutkan peminatnya apabila wanita itu bertindak membuang gambar di laman Instagramnya dan tampil mengenakan hijab.

    Lohan dalam masa sama turut mengakui sedang mendalami al-Quran ketika itu.

    Terbaharu, dia membuat kejutan dengan penampilannya di pantai dengan tidak lagi tampil dengan bikini seksi di pantai.

    Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran


    : Foto yang dimuat naik Lohan ketika ditemu bual Shoain Rashid.


    PELAKON Lindsay Lohan tampil bercakap mengenai Islam dalam satu temu bual oleh sebuah rancangan popular di Kuwait Swar Shoib baru-baru ini.

    Menurut pelakon Mean Girls itu, dia tidak berniat untuk mencari publisiti ketika dirakam memengang al-Quran tahun lalu di New York.

    "Saya hanya memengang buku agama, namun masyarakat Amerika tidak menyukakannya. Mereka menilai saya kerana itu dan berkata perkara-perkara tidak baik. Al-Quran satu ketenangan dan satu perkara selamat yang saya ada," katanya kepada pengacara rancangan itu Shoain Rashid.


    Thursday, 6 April 2017

    DAKWAH - Bagaimana usaha dakwah dengan coklat mengakibatkan jutaan orang masuk Islam


    Motivasi

    Kisah seorang budak yahudi yang yang mencuri coklat di kedai seorang Islam bernama Ibrahim. Dengan kebijaksanaan Ibrahim  dan kesabarannya dalam masa yang panjang berjaya mengislamkan budak tersebut. Budak ini bila dewasa berjaya mengislamkan berjuta orang Afrika. Usaha Ibrahim mengambil masa yang panjang tanpa beliau hidup untuk melihat hasilnya.

     Kisah ini di sebut dalam Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Hadi  pada 31 Mac 2017di Rusila

    Usaha kecil tapi impak besar

     Pengenalan

     Di suatu tempat di Perancis kira-kira 50 tahun yang lalu ada seorang lelaki Turki berusia 50 tahun, bernama Ibrahim, yang bekerja di kedai runcit. . . kedai ini terletak di dalam sebuah bangunan di mana sebuah keluarga Yahudi tinggal di salah satu daripada pangsapuri itu. Keluarga Yahudi mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun bernama Jad....

    Tuesday, 4 April 2017

    Zainab Al Ghazali Lambang Perjuangan Agong Yang Perlu DiTeladani


    Siapakah Zainab al-Ghazali? Zainab al-Ghazali al-Zubaili merupakan nama yang besar dalam perjuangan Islam menentang kekufuran di zaman moden ini.
    Beliau dilahirkan di al-Bihira pada tahun 1917 dan berketurunan mulia. Dari sebelah ayahnya berketurunan Umar al-Khattab dan sebelah ibunya dari keturunan Hasan bin Ali bin Abi Talib.
    Pada tahun 1936, ketika berusia 18 tahun Zainab al-Ghazali telah mengasaskan Persatuan Wanita Islam atau Jamaah Saiditina Muslimah untuk mengendalikan hal-ehwal dan aktiviti wanita di Mesir berlandaskan ajaran Islam. Persatuan ini juga selari dengan cara dan matlamat Ikhwan Muslimin
    Ketika itu juga, proses pembaratan sedang pesat berlaku di Mesir dan ramai masyarakat Islam semakin hanyut dengan budaya, cara berpakaian dan pemikiran yang kebaratan. Zainab al-Ghazali berusaha mengembalikan kaum wanita yang kian hanyut itu kepada Islam yang sebenarnya.

    Sunday, 2 April 2017

    Kisah Dr. Gary Miller Se Orang Paderi Yang Mahu Mencari Kelemahan Al Quran Berakhir Dengan Mengucap Syahadah



    DR. Gary Miller, adalah seorang ilmuwan matematika asal Kanada.
    Selain menjadi anggota dewan ahli di universitas, Miller juga aktif sebagai misionaris Kristen. Miller adalah ilmuwan yang sangat meminati bidang logika dan hal-hal logis.

    Pada awalnya, dia berpikir bahwa Al-Qur’an yang turun 14 abad yang lalu itu hanya membahas berbagai masalah di masa lalu.

    Namun seiring dengan menguatnya arus Islam di Barat, Miller pun terdorong untuk mempelajari Al-Quran lebih mendalam dengan tujuan mencari celah-celah kesalahannya, sekaligus membuktikan ketidakotentikan kitab suci umat Muslim itu.

    Saturday, 25 March 2017

    DAP Perintah Malaysia?


    Pendapat

    Mungkin telahan ini agak kelakar bagi sebilangan pihak memandangkan kerusi yang ditandingi DAP kini sekitar 70 kerusi sahaja. Sedangkan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 112. Tetapi jika dilihat melalui data-data yang ada, andaian ini sangat munasabah.

    Jika kita melihat kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi DAP sejak 1995, kita akan mendapati peningkatan mendadak bermula tahun 2008. Rajah dibawah menunjukkan pola pengaruh DAP yang meningkat dari satu PRU ke satu PRU.

    Tahun 1995, mereka cuma memiliki 9 kerusi. Tahun 1999 walaupun bersama gabungan parti pembangkang dalam Barisan Alternatif, mereka cuma berjaya menambah satu kerusi menjadi 10 walaupun parti dominan melayu lain seperti PAS dan PKR mengalami peningkatan mendadak.