Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, 25 May 2017

Makin Terserlah Parti Amanah Kuda Tunggangan DAP – Dr Kamarul

Isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang “menyentuh” DAP.
Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklumi, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Sunday, 14 May 2017

Mengapa PAN Begitu Sensitif Dikaitkan Dengan DAP, Soal Ahli Akademik



Pada 9 Mei lalu, saya telah menulis satu komentar ringkas di laman muka buku saya bagi mengulas persamaan di antara Perlembagaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Perlembagaan DAP sehubungan dengan cara pemilihan pemimpin tertingginya.
Mulanya, saya nyatakan betapa ramai yang tertanya-tanya mengapa AMANAH masih gagal mendedahkan kandungan perlembagaannya untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia seperti dibuat parti lain walaupun setelah lebih setahun setengah ia beroperasi.

Sunday, 30 April 2017

Oxford Sememangnya Satu Pondok-Dr Muhammad Afifi Al-Akiti



Sekali lagi institusi pengajian Islam yang sudah berakar umbi di tanahair sejak ratusan tahun lama menjadi ‘spotlight’ masyarakat umum Malaysia rentas agama dan etnik, apabila seorang pelajar Tahfiz persendirian menemui ajal atas dakwaan didera oleh pembantu warden sekolah tersebut yang juga merupakan seorang bekas banduan. Rata-rata masyarakat umum mengkritik dengan penuh emosi. 

Kita faham, hal melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak kita tidak harus dipandang enteng. Lalu ada yang mahu institusi pengajian agama didaftarkan dibawah seliaan JAKIM (agak mengejutkan kerana sesetengah daripada mereka ini, jika diamati, ada yang sering menuduh JAKIM suka mengongkong kehidupan Muslim di Malaysia membuta-tuli), malah ada juga mahu institusi agama yang tidak didaftarkan ini ditutup. Umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 

Thursday, 13 April 2017

DAP Memang Pewaris Perjuangan PAP – Dr Kamarul Zaman


Gegak-gempita jadinya penyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) bila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyebut dalam nada yang agak keras di dalam ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017 mengenai kedudukan DAP sebagai pewaris perjuangan PAP.
Bagaimanapun, bagi mereka yang betul-betul mengkaji dan memahami sejarah politik Malaysia sejak tahun 1960-an, termasuk detik waktu Singapura menyertai Malaysia dari 16 September 1963 ke 9 Ogos 1965, ucapan ini tidak mengandungi sebarang kontroversi kerana ia adalah satu hakikat.