Showing posts with label Tamadun Islam. Show all posts
Showing posts with label Tamadun Islam. Show all posts

Monday, 10 April 2017

Tindakan Pre Emptif Tunku, Gagalkan Persekutuan Singapura, Sabah & Sarawak


Umum mengetahui, penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, berdepan dengan pelbagai cabaran getir. Kita biasa membaca di dalam teks-teks sejarah, Tunku menghadapi ancaman daripada negara jiran terdekat kita pada waktu itu. Kempen Ganyang Malaysia oleh Indonesia dan sentimen Anti Penubuhan Malaysia di Filipina memuncak pada ketika itu.

Menara.my ingin membawa perhatian kepada peristiwa menarik yang jarang tercatat di dalam buku-buku sejarah tempatan mengenai cabaran penubuhan Malaysia. Peristiwa ini termuat di dalam rakaman memori dalam catatan memoir Almarhum Tunku Abd Rahman al Haj sendiri. Penubuhan Persekutuan Malaysia Ialah Supaya Persekutuan 3S1B Digagalkan Almarhum Tunku yang dirakamkan melalui temubual bersama Tan Sri Abdullah Ahmad, menyatakan beliau mengetahui bahawa terdapat perancangan di pihak British untuk mewujudkan sebuah lagi persekutuan di Nusantara.

Sunday, 9 April 2017

Dua dalang di sebalik konflik Asia Barat



PERCUBAAN zionis untuk melakar peta baharu Asia Barat melalui projek ala-ala Sykes Picot masih berlangsung hingga kini. Sewajarnya kita melihat permainan ini sekurang-kurangnya bermula selepas peristiwa 9/11 yang menjadi picu kepada kempen Islamphobia secara besar-besaran.
Kenali arkitek syaitan
Bernard Lewis
Merupakan orientalis British, menganut ajaran Yahudi. Bersama gerakan zionis. Mempunyai kerakyatan AS. Berkhidmat dengan Pentagon pada zaman Bush Sr. dan Bush Jr.


Tuesday, 4 April 2017

Sultan Muhammad Fateh Dan Perjuangan Yang Telah Dilupakan

 By Rehan Ahmad - April 2, 2017


Sejarah Awal 29 Mac 1432, lahirnya seorang putera raja yang telah diramalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadith Baginda, “Sesungguhnya, Konstantinople akan ditakluk oleh kalian, maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”, Riwayat Ahmad. Dilahirkan kepada pasangan Murah II Bin Muhammad I dan Huma Hatun di Erdine, Turki.

Pada waktu itu Uthmaniyyah masih merupakan satu jajahan kecil di kawasan Anatolia yang merupakan sebahagian daripada wilayah-wilayah dibawah Seljuk Rom dan belum menjadi Empayar Kuasa Dunia seperti yang kita kenali pada hari ini. Setelah kelahiran Muhammad II Bin Murad I, segalanya berubah. Jika dahulu, jajahan Uthmaniyyah hanya bertambah pada kadar yang sedikit, sekarang penambahan wilayah seolah-olah tiada batasan. Kuasa-kuasa Eropah ditundukkan atau tunduk kepada kekuasaan Muhammad II. Lahirnya Seorang Wira Nama diberi adalah Muhammad II, diriwayatkan lahir sewaktu ayahandanya sedang membaca surah al-Fath sementara menunggu kelahirannya. 

Kelahiran Baginda adalah anak lelaki yang ketiga kepada Sultan Murad II Bin Muhammad I. Namun begitu, akibat kematian kedua-dua abangnya Ahmed dan Ali, Muhammad II telah layak menjadi pengganti takhta bagi Empayar Uthmaniyah walaupun pada asalnya Muhammad II tidak mempunyai harapan untuk menjadi Sultan. Baginda seperti khalifah-khalifah sebelum ini, juga telah dididik dengan baiknya oleh para ulama tersohor pada waktu itu. Antara ulama yang telah menjadi pendidik Sultan Muhammad adalah Sheikh Ahmad al-Kurani dan Sheikh Aaq Shamsuddin.