Wednesday, 5 April 2017

Kenapa anak tidak suka makan sayur, buah?


Sayur
Gambar hiasan


UNTUK sesetengah ibu bapa, memperkenalkan dan memastikan anak makan sayur ibarat melakukan suatu kerja yang berat.Ini disebabkan anak-anak kerap memilih makanan yang lebih sedap dan kelihatan menarik, sekaligus sayur atau buah.Ahli psikologi keluarga dari Indonesia, Ayoe Sutomo menerangkan enam alasan mengapa anak enggan memakan sayur dan buah.


1. Tidak diperkenalkan dan dibiasakan


Memperkenalkan anak kepada sayur dan buah untuk kali pertama adalah sangat penting. Malah, kuantiti yang untuk diberikan kepada anak-anak untuk kali pertama juga ada peranannya.

"Ketika mula diperkenalkan, anak tidak tahu bagaimana rasa sayur atau buah. Jika makanan pertama mereka adalah sayur dan buah, mereka akan hasilkan 'mind set' bahawa sayur dan buah itu sedap," kata Ayoe dipetik dari artikel Tempo.com.



2. Ibu bapa sendiri tidak suka makan sayur atau buah!

"Anak yang masih kecil sentiasa mengikut tindak tanduk orang yang rapat dengan mereka.
Apa yang tersedia di meja makanan, itulah yang mereka tiru atau ikut," kata Ayoe.


3. Tidak memahami khasiat sayur dan buah

"Sedar atau tidak, pendidikan mengenai pentingnya sayur dan buah-buahan patut dipertingkatkan," kata Ayoe.Katanya lagi, pendidikan tersebut tidak terhad kepada golongan anak, malah ibu bapa juga perlu tahu manfaat sayur dan buah."Mereka juga perlu faham sepenuhnya kesan yang akan menimpa mereka jika anak-anak tidak dididik mengenai sayur dan buah," terang Ayoe.


4. Penampilan sayur dan buah yang kurang menarik

Zaman ini, lebih banyak makanan ringan atau 'snacks' yang dibungkus dengan menarik.Anak-anak juga berkemungkinan besar akan lebih suka kepada makanan 'crispy' dan 'crunchy' untuk dimakan.
Untuk itu, ibu bapa hendaklah kreatif dalam menghidangkan makanan yang mengandungi sayur dan buah kepada anak mereka.


5. Trauma

"Sesetengah anak mempunyai pengalaman tidak elok selepas memakan sayur.
"Malah, paksaan demi paksaan terhadap anak menyebabkan mereka berfikir bahawa sayur dan buah itu tidak enak."Jika perkara tersebut terjadi, kita perlulah berusaha mengubah pemikiran anak," jelas Ayoe.

6. Gangguan saraf

Gangguan saraf seperti ADHD (Attention deficit hyperactivity disorder) biasanya menyebabkan anak tidak suka sayur."Walaupun kita sudah menerangkan khasiat dan betapa sedapnya sayur dan buah, mereka masih tidak boleh menerimanya," kata Ayoe.Ayoe menjelaskan, jika perkara sedemikian terjadi, sayur dan buah perlu diperkenalkan kepada anak dengan cara lain yang lebih kreatif

Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment