Wednesday, 5 April 2017

Antara undang-undang syariah dan undang-undang persekutuan.


Respon"
Macam orang gila orang bukan islam menentang rru355. Seolah-olah rru355 menyebabkan malaysia bakal huru hara. Rru355 bakal menyebabkan orang bukan islam jatuh miskin. Itulah yang dimaksudkan oleh persatuan hokkine malaysia, malaysia tidak akan bertambah baik dengan rru355 dan haji hadi perlu mengutamakan hal ekonomi umat malaysia dahulu.

Maaflah penulis suka mengatakan bahawa orang hokkien ini macam tak faham bahasa melayu. Bahasa melayu adalah bahasa resmi, bahasa kebangsaan, disebut bahasa malaysia. Ertinya kalau tak faham bahasa malaysia, tak fahamlah bahasa melayu.

Rru355 jelas tidak melibatkan bukan islam. Rru355 tidak melibatkan orang kristen, orang hindu, orang budha, orang tao, orang sikh, bahkan tidak melibatkan orang animisme dan athies. Pernahkan robert lua khang mendengar bahawa orang cina ditangkap oleh pegawai jabatan agama kerana berkhalwat? 

Pernahkah teo leong lai mendengar orang cina ditangkap makan nasi disiang bulan ramadhan? Pernahkah palanival mendengar orang india diceraikan secara fasakh oleh mahkamah syariah? Penulis rasa mati balik hidup mereka tidak akan pernah mendengar hal demikian berlaku kepada orang bukan melayu. Namun hal yang tidak melibatkan mereka, mereka pulak jadi macam orang gila masuk campur.

Yang selalu kita dengar dan pasti lua khang wei, leo teong lai dan palanival dengar ialah orang bukan islam ditangkap berjudi oleh polis. Kemudian mereka didakwa di mahkamah kerana berjudi tanpa lesen. Tidak pernah kita dengar orang bukan islam ditangkap berjudi oleh pegawai jabatan agama kemudian didakwa di mahkamah syariah.

Robert lau khang wei berkata lebih baik membicarakan hal ekonomi daripada sibuk dengan rru355. La pulak dah! Apa kena mengena rru355 dengan ekonomi? Dalam rru355 tak sebutpun harga barang. Kalau nak sebut hal harga barang, suruh ajalah lim kit siang membentangkan "rru ekonomi" di parliment. Bodoh sungguh ketua persatuan hokkien ini, macam orang tak sekolah.

Orang islam tak sentuhpun undang-undang sekular yang diamalkan sekarang. Nak sebatu 1,000 rotanpun apa umat islam perduli sebab umat islam tahu ia bukan undang-undang Allah, tapi undang-undang ciptaan. Namun yang pasti siperasuah beratus juta kadang-kadang didenda hanya beberapa puluh ribu sahaja. Inilah keadilan yang disukai oleh penentang islam, seperti persatuan hokkien.

Apa kata jika umat islam menentang pembenaan kuil hindu yang dikatakan dibena sesuka hati aja? Dimana ada pokok besar disitulah berdiri kuil hindu. Agaknya kalau umat islam protes, karam malaysia dengan tsunami. Apabila kerajaan kelantan menghadkan aktiviti judi dan minum arak bukan islam, macam murai orang bukan islam membantah. Pandai pulak membantah bila aktiviti tak bertemadun mereka disentuh.

Apakah penentangan bukan islam terhadap agama islam ini termasuk dalam kategori menggugat keharmonian kaum? Rasa penulis, kementerian dalam negeri sudah boleh mengkategorikan penentangan ini sebagai menggugat ketenteraman awam. Sebab kecaman-kecaman terhadap islam semakin lantang mutakhir ini. Kesabaran umat islam semakin dicabar.

Tetapi tak mungkin kdn akan menggunakan kuasanya untuk menghentikan kecaman yang berlarutan ini. Tak mungkin rasa penulis. Kerana ia tidak mendatangkan faedah politik kepada umno. Kalau mencela umno haruslah kdn akan bangkit.

Kesian umat islam, semakin merempat di tanah air sendiri. Merempat ekonomi, merempat kepercayaan.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment