Thursday, 6 April 2017

Abdul Hadi bentang RUU 355 hari ini



Abdul Hadi bentang RUU 355 hari ini
Usul berkenaan dapat dilihat 'disusun' kepada turutan paling atas.

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengambil langkah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat, hari ini.

Langkah tersebut diambil selepas kerajaan menyatakan keputusan untuk tidak membentangkan RUU itu di Parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak akan bentang RUU 355]

Usul berkenaan dapat dilihat 'disusun' kepada turutan paling atas dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul dalam pembentangan sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Mengikut prosedur Parlimen, Dewan Rakyat akan 'diserikan' terlebih dahulu dengan sesi pertanyaan jawab lisan dalam kalangan ahli parlimen, sebelum diteruskan dengan perbahasan usul menjelang tengah hari.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

No comments:

Post a Comment