Monday, 17 April 2017

63 peratus sokong pindaan perlembagaan di Turki


Post Pic
 
ANKARA: Undi yang menyokong pindaan perlembagaan Turki dalam pungutan suara hari ini telah mendahului dengan 63 peratus selepas satu suku daripada jumlahnya sudah dikira setakat ini.
 
Undian ditutup pada empat petang waktu tempatan di bahagian timur negara manakala di tempat lain selepas lima petang.
 
Lebih 55.3 juta rakyat Turki boleh mengundi dalam pungutan suara berhubung perubahan besar ke atas peranan Presiden, Tayyip Erdogan yang jika dipersetujui akan memberikan Erdogan lebih banyak kuasa berbanding mana-mana pemimpin Turki yang lain sejak pengasasnya antaranya, Mustafa Kemal Ataturk dan penggantinya Ismet Inonu.

No comments:

Post a Comment