Sunday, 16 April 2017

Bumi hampir dilanggar asteroid - NASA


Post Pic
NEW YORK: Bumi berdepan situasi yang getir pada minggu depan apabila sebuah asteroid yang besar sebesar Rock of Gibraltar berukuran kira-kira 1,600 meter persegi dilaporkan hampir berlanggar dengan planet ini.
Menurut saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai 2014-J025 itu, akan melintasi bumi pada 19 April dengan jarak 1.77 juta kilometer, kurang lima kali ganda berbanding jarak ke bulan.
Namun di sebalik jarak yang terlalu hampir itu, NASA berkata, peluang untuk berlaku pelanggaran amat tipis.
"Walalupun tiada kemungkinan berlaku pelanggaran, jarak asteroid itu dengan bumi amat hampir," jelas NASA.

Malah menurut NASA, kejadian itu akan menjadi peluang kepada pakar astronomi dan peminat bidang angkasa untuk melihat dengan lebih dekat pergerakan asteroid tersebut.
Jelas agensi itu, batu angkasa tebabit boleh dilihat menggunakan teleskop kecil dalam tempoh satu atau dua hari sebelum ia bergerak lebih jauh.
Beberapa asteroid yang lebih kecil melintasi bumi dalam tempoh seminggu tapi batu angkasa sebesar 2014-J025 antara paling hampir sejak 2014 apabila asteroid Toutatis melintasi bumi.
Kali terakhir asteroid 2014-J025 melintasi bumi kira-kira 400 tahun lalu dan kitaran tersebut akan berlaku semula pada tahun 2600.
Asteroid itu ditemukan oleh pakar astronomi di Pusat Pemantauan Angkasa Catalina di Arizona pada Mei 2014.
NASA meramalkan kejadian asteroid melintasi bumi dengan jarak yang paling hampir akan berlaku pada 2027 apabila batu angkasa berukuran 800 meter persegi, dikenali sebagai 199-AN10 bergerak dengan jarak kira-kira 380,000 kilometer dari planet ini.

No comments:

Post a Comment