Wednesday, 12 April 2017

Selangor gantung pindaan berkenaan garis panduan rumah ibadat bukan Islam


EmailinterestLineShareFacebookSMSeChapada 12-04-2017 0Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: Kerajaan negeri hari ini menggantung pindaan garis panduan rumah ibadat bukan Islam di Selangor yang menjadi kontroversi sejak awal minggu ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata perkara yang menjadi percanggahan itu akan disemak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), dan sebarang keputusan akan diumumkan kelak.

Bagaimanapun menurut Teng, tiada tempoh tetap penggantungan itu sehinggalah semakan tersebut selesai dijalankan.

"Pada hari ini saya sudah melaporkan kontroversi Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan negeri Selangor (edisi ketiga).

"Sehubungan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menggantungkan pelaksanaan perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi di dalam garis panduan berkenaan rumah ibadat bukan Islam dan ia akan disemak semula.

"Kita serahkan kepada pihak kerajaan (melalui JPBD) untuk semak, apabila ada keputusan kita akan maklumkan," katanya di sidang medianya tengah hari tadi.

Isu berkenaan timbul selepas Teng pada Ahad lalu dilaporkan berkata kesilapan dan peruntukan di dalam garis panduan berkenaan akan dibuang.

Sebagaimana memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Teng menambah garis panduan edisi ketiga itu merupakan semakan kepada versi lama, yang dilakukan supaya menjadi lebih jelas dan terpakai kepada rumah ibadat bukan Islam yang baru.

Peruntukan itu menyebut rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina di dalam kawasan komersial atau dalam jarak 50 meter dari rumah umat Islam.

Malah pembinaannya juga perlu memperolehi persetujuan penduduk berbilang kaum yang duduk dalam lingkungan 200 meter, selain strukturnya tidak boleh tinggi dari masjid yang berdekatan.

Dalam pada itu ujar Teng, tidak timbul soal peletakan jawatan sebagaimana yang ditawarkannya sebelum ini, sejajar dengan keputusan penggantungan itu.

"Itu bukan isunya kerana kerajaan negeri menjaga kepentingan agama," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment