Thursday, 16 March 2017

Strategi Musuh Untuk Melemahkan Dakwah dan Gerakkan Islam


1. Melabelkan pergerakan Islam sebagai golongan pengganas. Gerakan Islam dicap sebagai Komunis yang berbalut agama. 

2. Mentafsirkan fundamentalis Islam sebagai golongan anti tamadun dan cuba mengembalikan corak hidup ke zaman pra Islam yang tidak punya undang-undang. 

3. Mengugut, mengancam masyarakat secara perang saraf supaya jangan kembali ke jalan Allah atau kepada ajaran Islam yang tulen. Mereka momokkan bahawa kembali kepada Islam yang tulen itu akan membawa kemunduran. Menurut mereka usaha itu akan membawa manusia ke zaman unta. Segala tamadun yang telah dicapai akan hancur, kebebasan yang ada sekarang tidak dapat dinikmati lagi, wujud undang-undang keras yang memotong tangan kaki pencuri, merejam para penzina, mengembalikan wanita-wanita moden yang bebas dan merdeka ke dapur. 



4. Menuduh pendukung-pendukung pergerakan sebagai golongan yang sempit pergaulannya iaitu hanya terbatas di kalangan mereka saja, tidak campur gaul dengan orang lain. Mereka anggap pendukung gerakan Islam ialah orang yang beruzalah dengan mengasing diri ke gua-gua batu. 

5. Menuduh pendukung-pendukung pergerakan Islam sebagai golongan lemah berfikir dan ketinggalan dalam mengikuti arus-arus fikiran terbaru di tengah masyarakat. Mereka menganggap pendukung pergerakan Islam tidak peka dengan perkembangan fikiran yang bergerak-gerak dan berubah-uabh di tengah masyarakat. 

6. Mengirim agen-agen orang yang mereka anggap pintar ke dalam pergerakan Islam untuk menghilangkan perpaduan dengan melaga-lagakan antara pemimpin dan pengikut, pengikut sesama pengikut dan cuba menyuntik masuk fikiran yang bertentangan dengan Islam ke dalam anggota-anggota harakah Islam, misalnya, menghasut mereka supaya melakukan keganasan atau mencerca orang tertentu yang tak patut dicerca. Perkara ini dilakukan supaya ada alasan bagi penentang Islam menuduh “pergerakan Islam adalah pergerakan keganasan dan penabur fitnah”. Ini akan memberi alasan kepada mereka untuk menyekat orang ramai daripada mendekati Islam. 

7. Mengirim wanita-wanita jahat yang berpura-pura minta menyelesai masalah atau baru mendapat keinsafan, kesedaran ke dalam harakah Islam. Setelah berada di dalam harakah Islam, wanita-wanita itu bertugas meragukan muslimah-muslimah yang telah sekian lama berjuang atau cuba melemahkan mereka dengan berbagai perang saraf secara halus tapi tajam. 

8. Mengirim orang kafir yang berpura-pura memeluk Islam ke dalam gerakan Islam seperti Snouck Hunkgronje yang diutus ke Acheh. Tugas musang berbulu ayam ini ialah melemahkan semangat perjuangan Islam dengan menyelewengkan mereka daripada matlamat perjuangan Islam sebenar

No comments:

Post a Comment