Wednesday, 15 March 2017

Kebebasan Meliarkan



Artikel
Oleh ABDUL MUIZZ MUHAMMAD


SEMEMANGNYA sejak dahulu, slogan ‘kebebasan’ dijadikan sebagai premis untuk membenarkan sesuatu yang salah.

Antaranya ketika menjayakan revolusi Perancis, gerakan rahsia Freemason memanipulasi slogan kebebasan, persamaan & kesamarataan untuk menjayakan segala agenda mereka yang haloba merampas hak orang lain.


Doktrin tersebut melahirkan fahaman antaranya:

1. Penjenayah bebas melakukan jenayah.

2. Perosak bebas menyebarkan kerosakan.

3. Penjajah bebas menjajah tanah air dan memonopoli kekayaan.

4. Wanita bebas meloloskan diri dari sifat kewanitaan mereka.

Hakikatnya fahaman ini bukanlah “kebebasan.” Sebaliknya kerosakan yang meliar. Manusia memerlukan batas dalam mengertikan makna kebebasan.

Jika dibuang batas, atas premis “kebebasan” manusia bertukar menjadi liar seperti binatang.

Syeikh Habannakah telah mengemukakan beberapa had kebebasan:

1. Tiada kebebasan dalam melakukan kezaliman dan pencerobohan terhadap hak orang lain.

2. Tiada kebebasan dalam memilih selain dari kebenaran, kebaikan dan keadilan yang telah konkrit ditentukan oleh parameter Islam.

3. Seseorang yang mengaku muslim tidak bebas melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.

4. Seseorang muslim tidak bebas untuk murtad kerana ia tertakluk dengan sebesar-besar perjanjian dengan Allah.

5. Tiada kebebasan bagi orang kafir untuk menghina Islam sebagaimana umat Islam dilarang mencaci agama lain.



Jika dilihat hari ini, slogan ‘kebebasan’ dieksploit semahumahunya oleh golongan perosak. Ketika mereka mahu menjustifikasikan kewajaran perbuatan jahat mereka, slogan ‘kebebasan’ dijadikan mentera yang mengkagetkan penentangpenentang mereka

No comments:

Post a Comment