Sunday, 12 March 2017

Pelik Dan Celarunya Pemikiran Puak Wahabi


Tulisan ini sekadar untuk mengupas watak satu kumpulan di Malaysia yang biasa orang panggil mereka Wahabi.

Tanpa menyebutkan nama, rasanya semua tahu siapa mereka ini. Mereka boleh dikenal dengan  mendengar ceramah dan membaca tulisan mereka di Youtube, facebook atau sumber-sumber lain di laman sosial. Tulisan, ucapan dan tindakan-tindakan mereka  telah menjadikan pemahaman agama rakyat Malaysia agak kelam kabut dan haru biru.

Beberapa ciri pengenalan golongan ini antaranya mereka suka menonjol diri. Mereka suka menjuarai dan cuba mengulas semua perkara yang berkaitan agama.Mereka juga suka dan sering berbeza pandangan dengan orang ramai. Seolahnya kalau semua orang berpendapat mengatakan satu benda itu hitam maka mereka akan mengatakan putih. Ketika Umat Islam bersetuju dengan  dengan pengeluaran  Sijil Halal untuk barang makanan mereka mengatakan yang perlu dikeluarkan adalah Sijil Haram. Inilah cara mereka, yang sentiasa mahu berbeza dengan Umat Islam lain. Mereka kata itu semua adalah 'Tajdid'.

Mereka mahu menunjukkan seolah-olah mereka adalah pakar dalam semua bidang disiplin ilmu Islam. Walaupun hakikatnya tidak. Mereka suka berbalah dan bersikap ego dalam memberi pandangan walaupun realitinya hujah yang dikemukakan adalah lemah dan mudah disangah. Dalam banyak perkara mereka suka mengeluarkan hukum hakam secara persendirian walaupun sepatutnya perkara itu perlu diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MKI).

Mereka  suka membahaskan isu khilafiah dalam hukum hakam Islam. Mereka mengatakan sambutan Maulid Nabi S.A.W, sambutan Maa' Hijrah, amalan Tahlil Arwah, baca Yasiin malam jumaat, amalan bermazhab dan ilmu tasauf dihukum Bid'ah dan sesat. Kesan fatwa-fatwa pelik ini amat buruk, antaranya ia menyebabkan  umat Islam menjadi berpecah belah dan berpuak-puak. Dimana kelompok mereka berceramah disatu-satu kariah maka umat Islam dikariah berkenaan akan berbalah.Inilah hasil dakwah mereka kepada Umat Islam.


Ketika mana mereka suka mengkafirkan dan menyesatkan   sesama Islam,namun  sebaliknya dalam banyak perkara mereka suka berlemah lembut dan semacam sependirian dengan golongan kufar, anti Islam,liberal, Lgbt dan lainnya. Sedangkan Islam mengajarkan kita supaya berkasih sayang sesama Islam dan bersikap tegas dengan bukan Islam terutama kelompok yang menentang Islam.

Banyak contoh kalau hendak diberikan disini. Dalam isu pindaan RUU 355,  mereka beria-ia untuk tidak bersetuju pindaan dibuat walau tanpa hujah yang kukuh.  Pandangan dan sikap  mereka kelihatannya senada dengan kelompok penentang RUU 355  yang terdiri daripada golongan anti Islam, golongan LGBT, golongan liberal Siti Kasim dan lainnya. Pandangan songsang kumpulan Wahabi Liberal   menentang pindaan RUU 355  telah memberi sokongan moral dan peluru kepada kelompok penentang RUU 355 ini.

Cth lain, satu  ketika dahulu kecoh kempen 'touch the dog' kempen supaya orang Islam  memegang anjing yang dihukumkan najis untuk orang Islam.Lalu kumpulan Wahabi ini menyokong kempen tersebut. Menyentuh dan memegang anjing dikatakan ok untuk orang Islam. Namun yang pasti mereka sendiripun tidak pernah membela dan memegang anjing.

Kumpulan ini juga beria-ia mempertahankan kebenaran orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Alasannya ialah kalimah Allah juga digunakan oleh orang bukan Islam terutamanya di negara-negara Arab. Mereka melupakan isu pengunaan nama Allah untuk Kristian di Malaysia ini adalah untuk tujuan usaha kristiannisasi.

Bila timbul larangan KPDNK terhadap kedai yang tidak melabelkan jualan berus yang menggunakan bulu babi  mereka jugalah yang mengatakan bulu babi bukan najis. Mereka juga memperjuangkan supaya wang zakat diberikan kepada bukan Islam.

Terkini, bila muncul pindaan Akta 164 yang menentang & merugikan Islam mereka berdiam diri.Mulut mereka tertutup bisu.Berbeza ketika mereka lantang menentang Rang Undang RUU 355.

Tindakan mereka yang suka berbeza dengan pandangan umum dalam isu agama dikatakan sekadar untuk meraih populariti individu dan kumpulan  mereka. Pastinya bukan sangat untuk menegakkan hukum hakam agama atau melihat kepentingan survival Ummah. Walaupun terpaksa menjadikan umat Islam berpecah belah.

Selain berperangai buruk dalam pengeluaran hukum hakam. Mereka  sering menyerang agensi-agensi Islam dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Sebagai contoh, mereka sering  mempertikai pelaksanaan tangkapan khalwat yang dilaksanakan oleh jabatan agama negeri-negeri.Jabatan agama dan pegawai penguatkuasa Syarie dituduh suka mengintip dan mengambil kesempatan ketika mengadakan operasi cegah maksiat. Operasi tangkapan khalwat dikata tidak Syarie bahkan tidak ada dalam hukum Islam. Operasi tangkap khalwat bagi mereka  adalah tindakan mencampuri urusan peribadi atau dosa peribadi. Jadi kalau ikut mereka jabatan agama sedang dan telah buat kerja yang bukan disuruh oleh agama. Jabatan agama sengaja mengada-ngadakan satu yang bukan ada dalam ajaran Islam.

Pandangan tersebut  menyerupai pandangan golongan anti Islam, libral Islam, LGBT dan lainnya. Kumpulan liberal sememangnya anti operasi tangkap maksiat. Semua orang tahu kumpulan liberal dan mereka yang sewaktu dengannya memang memperjuangkan  supaya undang-undang mengawal moral di negara ini dihapuskan. Bagi kelompok liberal Pegawai penguatkuasa Syarie yang mereka label TALIBAN  mereka mahu supaya dibubarkan.

Lebih jauh lagi, mereka mendesak JAKIM ditutup. Peruntukan kewangan kepada JAKIM ditarik. JAKIM  dituduh menyeru keganasan melalui khutbahnya.Tidakkah tuduhan kumpulan Wahabi ini memberi modal dan peluru kepada  puak  LGBT dan anti Syariah lainnya?


Tindakan Wahabi Liberal yang suka  suka mempertikai dan memperlekeh agensi Islam sebenarnya telah mendorong dan memperkukuhkan perjuangan kumpulan Islam Liberal dan anti Islam lainnya.
Sikap Kumpulan Wahabi Liberal menyerang dan mempertikai agensi Islam  sebenarnya telah mempercepatkan lagi kemenangan kumpulan anti Islam dan orang kafir di Malaysia. Kalau Islam hancur dinegara pastinya kumpulan Wahabi ini juga perlu dipertanggungjawabkan..

Kewujudan Wahabi Liberal di Malaysia telah mengugat perpaduan umat Islam. Beberapa tindakan mereka telah menguntungkan musuh Islam. Mereka boleh dikatakan sebagai  musuh umat Islam. Mereak mesti ditentang.

Oleh:AAAR


No comments:

Post a Comment