Tuesday, 28 March 2017

5 Petanda Anda Sudah Ketagih Gula

Suka dengan makanan dan minuman manis? Hati-hati, anda mungkin seorang penagih gula yang melampau. Biasa kita dengar ketagihan adalah kepada kafein atau dadah, namun harus diketahui ketagih kepada gula juga boleh berlaku.Sebelum ini kita sudah kerap mendengar tentang keburukan gula, antaranya adalah menghidap penyakit kencing manis, penyebab kenaikkan berat badan, meningkatkan risiko penyakit jantung, risiko kanser dan banyak lagi.

Gula bukan sesuatu yang tidak bagus, gula juga antara makanan yang diperlukan oleh badan tetapi bukan berlebihan.
Biar mulut manis, jangan kencing manis. Bahaya! Oleh itu, bagaimana anda boleh mengenal pasti samada anda seorang penagih gula atau tidak? Membahas secara ringkas, 5 tanda ini boleh dikenal pasti dimiliki seorang ‘penagih’ gula.




1. Anda suka makanan manis

Semakin banyak anda konsumsi gula, semakin banyak yang anda mahukan. Anda seakan terperangkan dalam satu lingkaran ‘jahat’. Semakin banyak anda mengambil gula, secara automatiknya keinginan terhadap makanan manis juga semakin tinggi.

Perkara ini terjadi kerana rasa lidah sudah sebati dengan kemanisan. Perasaan bahagia dengan manis ini boleh diibaratkan seperti ketagihannya seseorang dengan dadah. Jadi, hati-hati jika anda sering sahaja mencari makanan manis untuk dimakan, tidak kira lah samada kek, coklat, kudapan ataupun air manis.

2. Sanggup memenuhi keperluan manis

Sanggup memenuhi keperluan manis sangat mudah dikesan, contohnya anda sanggup ke restoran atau kedai semata-mata ingin menikmati juadah manis anda. Atau anda memotivasi kepada diri sendiri dengan menghadiahkan sesuatu yang manis.

3. Mempunyai tempat simpanan ‘rahsia’ makanan manis

Kerana terlalu gemar, anda mungkin tidak fikir ia merbahaya. Namun, jika anda fikir terpaksa menyembunyikan gula-gula atau makanan manis tidak kira samada takut diambil orang atau mengelak rasa malu, anda akan lakukan. Ini juga petanda anda bermasalah.

4. Makan walaupun tidak lapar

Semua orang memiliki rasa terliur. Anda masalah dengan gula jika anda makan hanya kerana ingin memuaskan nafsu walaupun tidak lapar terutama terhadap snek yang tidak sihat. Oleh itu, elok dipertimbangkan semula keinginan tersebut. Adakah anda makan disebabkan keinginan atau lapar.

5. Benci air masak

Ini paling mudah dikesan, berapa banyak anda minum air putih atau air mineral dalam sehari? Atau langsung tidak minum? Ketahuilah, pengemar gula yang ekstrim tidak suka minum air putih kerana tidak mempunyai rasa. Jika anda benci terhadap air putih, hati-hati, anda mungkin seorang penagih gula yang teruk.

Bertanya kepada diri sendiri, adakah anda seorang penagih gula? Jika betul, masih belum terlambat untuk berubah sebelum ia menjejaskan kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment