Sunday, 19 February 2017

Saintis temui 'benua tersembunyi'



Luar NegaraWELLINGTON - NEW ZEALAND. Benua berukuran dua pertiga saiz Australia ditemui di bawah permukaan barat daya Lautan Pasifik, menurut saintis seperti dilapor dalam jurnal Persatuan Geologi Amerika Syarikat.

Jisim tanah berkeluasan 4.5 juta kilometer persegi itu meliputi 94 peratus di bawah air dan hanya bahagian tertinggi, New Zealand serta New Caldeonia muncul di permukaannya.

"Jika kita menarik 'palamnya', ia jelas menunjukkan kewujudan rantaian gunung dan benua berdiri tinggi di atas kerak lautan," kata ahli geologi di GNS Science di Dunedin, New Zeland, Nick Mortimer yang juga penulis utama kertas kajian 'Zealandia: Benua tersembunyi bumi'.

Jelasnya, penyelidik pada abad sebelum itu turut menemui granit dari kepulauan sub-antartik berhampiran New Zealand dan batuan metafomik di New Caledonis yang menjadi petunjuk kepada geologi benua. - Reuters

No comments:

Post a Comment