Wednesday, 1 February 2017

Bekas Setiausaha Negara Amerika daftar sebagai Muslim


Posted on Friday, January 27 @ 08:59:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


Luar Negara

NEW YORK,  – Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Madeleine Albright berkata, beliau membuat persediaan untuk mendaftar sebagai Muslim, tatkala Presiden Donald Trump merancang ‘memerhati’ mereka yang mengamalkan ajaran Islam.

"Saya dibesarkan sebagai Katolik, menjadi Episcopalian dan kemudian mengetahui bahawa keluarga saya berketurunan Yahudi. Demi perpaduan, saya bersedia mendaftar diri sebagai Muslim," katanya hari ini.

Ini berikutan laporan mengatakan Trump merancang menandatangani arahan eksekutif yang menyasarkan pendatang asing di AS.



Pembuat filem, Michael Moore juga menyatakan sokongannya kepada Muslim Amerika dan mewujudkan sebuah laman web ‘We are all Muslim' dan meminta orang ramai menandatangani petisyen disediakan.
"Anda tidak lah terlalu kuat, Donny (merujuk kepada Trump) dan saya gembira dapat melihat siapa anda sebenarnya sejak bertahun lalu. Kami semua Muslim. Hadapilah ia," katanya.

Sementara itu, ribuan penduduk memenuhi jalan-jalan utama di New York sebagai membantah rancangan imigresen dan pembinaan tembok sempadan.Pemimpin AS itu sudah mengarahkan pegawainya menyiapkan rekaan bagi pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico. Trump juga dikatakan akan melaksanakan pengharaman kemasukan pelarian dari negara Islam, termasuk Syria.


"Tiada sekatan, tiada tembok. New York adalah untuk semua," kata peserta demonstrasi yang turut menandatangani petisyen mempertahankan umat Islam. - Agensi

No comments:

Post a Comment