Friday, 3 February 2017

'Road show': Majoriti rakyat sokong RUU 355


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Golongan profesional beragama Islam terpaksa mengeluarkan kenyataan versinya sendiri untuk menyatakan tentangan terhadap RUU 355 demi menjaga kepentingan politik mereka, demikian menurut Pengerusi Gabungan Pembela Islam (Pembela) Aminuddin Yahaya.

Kata beliau, hakikatnya golongan ini faham RUU 355 tetapi atas dasar kepentingan politik dan mahu mendapat sokongan pihak tertentu mereka terpaksa memberi kenyataan yang sebaliknya tentang RUU itu.


"Golongan hanya segelintir ini perlu ditangani secara berasingan. Logik yang dapat memahamkan mereka," katanya di dalam  program Bicara Harakah yang berlangsung di MyHarakah Bazaar, di sini petang ini.

Tambahnya, walaupun segelintir tetapi mereka telah menguasai media sekali gus dapat mempengaruhi minda rakyat sehingga menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya sama ada perlu menyokong atau tidak RUU tersebut.

"Akhirnya isu ini menjadi polemik dan menjadi luar biasa padahal ianya sangat mudah untuk difahami. Tetapi kesungguhan umat Islam perlu istiqamah berada di belakang isu ini," katanya.

Beliau yang dijemput sebagai penalis menyenaraikan dua lagi golongan yang menentang RUU 355 antaranya, golongan bukan Islam yang tentang Islam, dan golongan orang Islam tetapi pemikiran liberal yang melihat seolah-olah RUU itu menyekat hak kebebasan asasi.

Bercakap di dalam dialog yang bertajuk Himpunan RUU 355: Syariah Perkasa Rakyat Sejahtera turut mengakui sepanjang mengadakan 'road show' majoriti rakyat memberi sokongan padu kepada RUU itu. - HARAKAHDAILY 2/2/2017

No comments:

Post a Comment