Sunday, 19 February 2017

Izinkan undang-undang Islam dilaksanakan - Presiden PAS


USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .

Ucapan dimulakan dengan ayat dari surah Fatir: 31-32

Kita harap perhimpunan ini mengumpulkan semua jenis kalangan manusia, tetapi semuanya ingin menjunjung tinggi syariah.

Rugilah orang yang tidak bersama dengan kita.

Rang 355 memperkasakan Mahkamah Syariah bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum merdeka.

Usaha martabatkan Islam sudah lama. Pejuang kemerdekaan, termasuk PAS mengemukakan memorandum supaya diletak Islam dalam Perlembagaan Malaysia.


Memorandum ini diterima oleh Suruhanjaya Reid dan diletak dalam Perlembagaan Persekutuan. Islam menjadi sebagai agama persekutuan.

Mahkamah Syariah diletak di bawah kuasa negeri.

Selepas separuh abad, kita sepatutnya buat muhasabah balik kepada undang-undang lapuk ini.

Bukan rang undang-undang ini sahaja yang diubah, sudah banyak sebenarnya undang-undang lain diubah.

Perbincangan mengembalikan hukum syariah di atas tanggungjawab agama dibuat oleh pelbagai pihak, bukan kerana manusia semata-mata, atau atas sifat parti, NGO, jabatan kerajaan dan lain-lain, tetapi ia amanah dari Allah.

Apa yang dibuat ini untuk membolehkan syariat Allah dilaksanakan. Ia dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah.

Al-Quran menjamin kebebasan beragama. Tiada sebab bukan Islam menentang. Ini melanggar adab perpaduan negara.

Kita buat himpunan aman hari ini. Semua yang hadir moga-moga dapat berkat dari himpunan ini.

Yang masih negatif, sila kaji undang-undang dunia. Al-Quran pernah menjadi rujukan untuk dibuat undang-undang dunia selepas Perang Dunia pertama.

Mereka yang negatif terhadap undang-undang Islam yang ada di Malaysia hanyalah agas dan nyamuk kecil sahaja. Saya kaji undang-undang dunia.

Izinkan undang-undang Islam dilaksanakan. Dari kamu tentang undang-undang Islam, lebih baik kamu bincang lapuknya undang-undang manusia seperti hukum gantung dan lain-lain.

Saya harap RUU 355 ini dapat dijayakan sehingga dapat dilihat kebaikannya oleh semua pihak.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri Nik Malek
18 Feb 17
11.15 mlm
(Petikan ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Himpunan 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.)

No comments:

Post a Comment