Thursday, 23 February 2017

Ikatan yakin pindaan Akta 355 kurangkan jenayah


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor percaya kadar denda yang tinggi untuk kesalahan di bawah Akta 355 yang disyorkan PAS akan mengurangkan kadar jenayah syariah apabila ia dilaksanakan nanti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman berkata, dengan denda yang tinggi kadar jenayah syariah dapat dikurangkan berbanding dengan kadar yang sedia ada iaitu RM5,000 membuatkan pelaku tidak berasa gerun dan boleh membayarnya dengan begitu mudah.



"Pelaku akan kata 'small problem' boleh 'settle' dan esok kita buat lagi. Dengan kadar denda ratus ribu nanti saya yakin dan percaya akan membuatkan pelaku akan berfikir banyak kali untuk melakukan janayah sekali gus kadar kesalahan jenayah dapat diatasi," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya yang berharap kerajaan dapat memberi mempertimbangan serta meluluskan cadangan yang akan di bawa oleh PAS pada persidangan Mac nanti.

"Ini kerana banyak perkara kesalahan jenayah syariah yang berlaku di kalangan orang Islam pada saat ini sangat membimbangkan, pengaruh budaya luar telah banyak mempengaruhi bangsa kita tidak mengira kaum atau agama. Fenomena pengaruh ikut-ikutan ini telah melenyapkan budaya sopan santun dan tiada lagi menampakan ciri khas budaya Timur yang kita santuni selama berabad lamanya.

"Budaya lemah lembut sopan santun telah bertukar menjadi budaya liar dan tidak beradab sehingga kejadian berzina, kecurangan dalam perkahwinan antara suami isteri, perkosaan yang tidak mengenal status dalam kalangan keluarga. Perkara sebegini juga pasti berlaku pada kaum Cina, India dan yang  lain, akan tetapi kita dalam Islam tidak ada hak untuk mencampuri urusan agama masyarakat lain kerana agama mereka juga ada peraturan nya tersendiri," tambah beliau.

Bagaimanapun, katanya, RUU355 ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan kaum bukan Islam dan manakala hukuman rotan dalam jenayah syariah juga berbeza dengan hukuman sebatan yang di gunakan dalam mahkamah sivil.

Tambah beliau, definasi merotan di dalam pemahaman agama Islam yang di cadangkan dalam RUU355 ini sama seperti yang dipraktikkan oleh guru yang mengajar agama, guru besar sekolah serta guru disiplin untuk mendidik kanak-kanak sekolah supaya bersikap baik selepas hukuman.

"Kita juga mengetahui ada ayat di dalam al-Quran tertulis jika binatang yang tidak berfikiran tidak boleh kita kasari inikan pula kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran," ujarnya.

Justeru beliau memohon kepada mana-mana mereka yang tidak faham tentang RUU355 ini untuk datang berjumpa dengan PAS agar usaha untuk kebaikan bersama ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. – HARAKAHDAILY 23/2/2017

No comments:

Post a Comment