Wednesday, 3 May 2017

Trump nekad pindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis


Post Pic
 
WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberikan pertimbangan serius kepada hasrat memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 
 
Perkara itu dinyatakan Naib Presiden AS, Mike Pence, sehari sebelum lawatan Presiden Mahmoud Abbas ke Rumah Putih. 
 
Trump secara peribadi komited untuk menjadi presiden AS yang menamatkan konflik berpanjangan Israel-Arab, kata Pence.
 
Memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis adalah tindakan bermotifkan politik bakal membangkitkan kemarahan penduduk Palestin yang mahukan timur bandar raya yang dirampas pada 1967 sebagai ibu negara dan sebahagian wilayah kedaulatan mereka. 
 
Tindakan itu juga akan menjarakkan AS dengan komuniti antarabangsa, termasuk sekutu rapatnya di Eropah Barat dan dunia Arab. 
 
Ketika kempen presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan jika terpilih. 
 
Rumah Putih berkata, idea itu masih dalam perbincangan. "Presiden AS mempertimbangkan dengan serius untuk memindahkan kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 
 
"Bagi menjelaskan keadaan, presiden secara peribadi mahu menamatkan konflik Israel dan Palestin," kata Pence pada majlis Memperingati Hari Kemerdekaan Israel di Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower, bersebelahan Rumah Putih. 

No comments:

Post a Comment