Friday, 12 May 2017
SEKULARISME, SATU-SATUNYA JALAN KEPADA KEBEBASAN AGAMA – Dr Farouk Musa
Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah merangkap Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah badan pemikir Islam liberal yang berpengkalan di Malaysia telah mendakwa sekularisme sebagai satu-satunya jalan kepada kebebasan agama dan falsafah. Beliau membuat dakwaan ini melalui satu penulisannya bertajuk ‘Kekalahan Ennahdah suatu Iktibar bagi Demokrat Muslim’ dalam sebuah buku bertajuk ‘Wacana Pemikiran Reformis Jilid III’ terbitan Islamic Renaissance Front Berhad tahun 2017.
Tulis beliau, peralihan demokratik yang diramalkan di negara ini perlu memenuhi tiga kriteria yang paling utama. Pertamanya, keperluan untuk menjamin kebebasan peribadi khususnya kebebasan naluri dan kebebasan berucap, untuk menegakkan hak asasi dan negara hukum. Berdasarkan kepada keperluan ini, ‘Dalam entiti pelbagai agama yang wujud di Malaysia, sekularisme, difahami dengan tepat, dapat menawarkan satu-satunya jalan kepada kebebasan agama dan falsafah’.
Justeru, negara perlu kekal sekular supaya rakyat dapat tunduk kepada konsep kejamakan (plurality) yang memberi makna dan arah kepada hidup kita. Dr Farouk turut memetik kata-kata Rachid al-Ghannouchi, pemimpin Parti Ennahda di Tunisia yang menjadi kiblat golongan liberal di Malaysia, “Sekularisme bukan falsafah aties tetapi hanya satu kumpulan susunan prosedur yang dirangka bagi mempertahankan kebebasan agama dan fikiran.”
Manakala kriteria kedua yang disebut oleh Dr Farouk adalah mengenai isu-isu keadilan sosial dan kriteria ketiga adalah keperluan untuk mengembangkan kejamakan budaya dan politik, terutamanya dalam menghormati ideologi-ideologi yang berbeza dan juga hak-hak kaum minoriti di negara ini sama ada mereka adalah kaum minoriti dari agama yang lain atau begitu juga, dari mazhab yang berbeza. IRF yang dipimpin Dr Farouk Musa, merupakan antara pertubuhan yang turut mendapat dana dari gerakan Soft Power Amerika, National Endowment For Democracy (NED)
Read more at: https://www.menara.my/sekularisme-satu-satunya-jalan-kepada-kebebasan-agama-dan-falsafah/
Labels:
Agama ( Aqidah dan pemikiran)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment