Friday, 5 May 2017
Mahkamah batal semakan kehakiman Hizbut Tahrir cabar fatwa sesat
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini membatalkan permohonan semakan kehakiman oleh gerakan Hizbut Tahrir Malaysia untuk mencabar fatwa yang mengisytiharkannya menyeleweng daripada Islam. Keputusan itu diberitahu peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dalam kenyataan hari ini. “Hakim Mohd Adib Hussain turut memerintahkan Abdul Hakim agar membayar kos RM2,000 kepada setiap responden, serta mengarahkannya agar mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu jika mahu memfailkan semula tindakan sama,” katanya.
Pada Disember 2015, Mais mengisytiharkan ajaran Hizbut Tahrir menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan melarang umat Islam mengikutinya. Pada 25 November 2016, jurucakap Hizbut Tahrir Abdul Hakim @ Ramizu Othman memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan Mufti Selangor Datuk Seri Tamyes Abd Wahid, jawatankuasa fatwa negeri, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai responden. Hizbut Tahrir menyifatkan fatwa tersebut bersifat politik dan menafikan ahli mereka sesat.
Dalam permohonan semakan kehakiman, mereka mahu mufti dan jawatankuasa fatwa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. Hizbut Tahrir adalah gerakan politik dengan jaringan antarabangsa, dengan tujuan untuk menubuhkan “kerajaan Islam” yang menggabungkan negara-negara orang Islam. Ia diasaskan pada 1953 di Palestin, dan mula berkembang ke Malaysia pada era 1990-an.
Read more at: https://www.menara.my/mahkamah-batal-semakan-kehakiman-hizbut-tahrir-cabar-fatwa-sesat/
Labels:
Agama ( Aqidah dan pemikiran)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment