Sunday, 21 May 2017

Benarlah Bahawa Orang Kristian TIDAK AKAN REDHA Dengan Kita?


Ulasan/Komentar


Kita sudah berkali-kali baca. Kita sudah dengar para ustaz memberi peringatan kepada kita tentang ayat 120 dalam surah Al-Baqarah. Apakah kita benar-benar mengambil pengajaran darinya?

Penolakan usul memperkasakan Mahkamah Syariah awal minggu ini oleh speaker DUN Selangor adalah jelas. Hannah Yeoh adalah seorang evangelis Kristian yang amat tegar. (Baca: DAP evangelical Christian leadership of M’sian Chinese dan ini: Most young Chinese in Malaysia are Christian) Dan begitulah di dalam DAP, kepimpinan utama mereka semuanya evangelis tegar Kristian.
Penolakan usul di DUN tersebut sekali mengzahirkan di depan mata kita untuk melihat betapa benarnya firman Allah S.W.T. itu bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan umat Islam selagi kita tidak ikuti mereka.

Begitulah Allah Azzawajalla turut memberi peringatan supaya kita tidak melantik orang-orang yang bukan dari kalangan orang kita sebagai orang diberi kepercayaan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukandari kalangan kamu menjadi bithonah (orang dalam yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi … (Al Quran, Surah ‘ali Imran 3: ayat 118)

Jangan kita berdegar-degar bercakap pasal Islam. Tetapi hendak mendaulatkan Islam itu sendiri kita tidak mampu kerana terlalu mesra dan lena dengan musuh-musuh Allah.

....
https://akarimomar.wordpress.com

No comments:

Post a Comment