Sunday, 21 May 2017
ORang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada orang Islam: al-Baqarah 2: 120
Ramai Muslim terpedaya dengan akal fikiran dalam menentukan hala tuju persahabatan dengan orang bukan islam. Dan ada yang terlalu jauh terlanjur hingga meninggalkan Allah dalam al-Quran. Oleh itu sebaiknya penulis perturunkan amaran Allah dalam hal ini, dari al-quran surah al-Baqarah 2: 120, dengan rujukan kitab tafsir al-Azhar, susunan Alm Dr HAMKA.
"Tidak sekali-kali akan redha terhadap engkau orang yahudi dan nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka..."
Untuk mengetahui firman Tuhan ini, hendaklah kita ketahui sebelum Rasulullah diutus dikalangan bangsa arab, adalah seluruh bangsa Arab dipandang ummi, orang yang bodoh dan penyembah berhala. Rendah kecerdasannya. Sedang orang Yahudi dan Nasrani yang diam di sekitar bangsa Arab memandang orang Arab barulah akan dipandang tinggi dan cerdas jika bangsa Arab suka memeluk agama Yahudi atau Nasrani. Sekarang Nabi Muhammad diutus membawa ajaran mencegah menuyembah berhala, percaya kepada kitab-kitab dan Rasul terdahulu baik Musa, Harun dan Isa al-Masih, dan menunjukkan pula kecacatan agama mereka itu. Maka sebab itu jengkellah mereka. Mereka ingin Nabi Muhammad mempropagandakan agama mereka. Yahudi menghendakil Nabi Muhammad menjadi Yahudi dan Nasrani menghendaki Baginda menjadi Nasrani.
"...Katakanlah: Sesungguhnya pertunjuk Allah itulah dia pertunjuk"
Allah memberikan tuntunan kepada RasulNya bahawa yang dijadikan pedoman dalam hidup ialah pertunjuk Allah. Pertunjuk yang sejati. Adapun pertunjuk manusia, khayal dan teori, bukanlah pertunjuk. Dengan ini marilah berikan nilai kepada Yahudi dan Nasrani adakah keduanya pertunjuk Allah? Kerana Tuhan telah mengutus Musa dan Harun, dan Isa al-Masih, kemudian disambung oleh Muhammad, maka cuba perhatikan apakah yang menjadi anutan Yahudi dan Nasrani itu masih berdasar pertunjuk sejati atau telah dicampuri tangan manusia? Dan Nabi Muhammad telah datang membawa pertunjuk Allah. Kalau Yahudi dan Nasrani masih berpegang kepada pertunjuk Allah yang asli dari Nabi-Nabi yang diutus kepada mereka, pasti dengan sendiri akan bersesuaian dengan pertunjuk yang dibawa Muhammad.
"Dan sesungguhnya jika engkau turut kemahuan mereka..."
Dan diingatkan dengan kalimah ahwa ahum, dari kalimat hawa yakni hawa nafsu, iaitu sentimen yang tidak berdasar kebenaran. Dan setengah dari hawa nafsu tadi iaitu mereka mendakwa agama yang benar adalah Yahudi dan Nasrani. Yahudi merasakan anutan orang lain walau benar tetapi tidak dari orang berdarah Israel, tidaklah sah, sebab mereka adalah kaum terpilih dan diistimewakan Tuhan. Lantaran itu mereka Yahudi dan Nasrani tidak mahu lagi menguji dan menilai kebenaran anutan mereka.
"...sesudah datang kepada engkau pengetahuan..."
Iaitu jika engaku turut kemahuan hawa nafsu mereka sesudah datang Nabi Muhammad membawa Tauhid tiada Tuhan selain Allah, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan lain-lain dasar Tauhid yang menjadi pegangan teguh sekelian Nabi dan Rasul...
"...tidaklah ada bagi engkau selain Allah akan pelindung dan tidak ada akan penolong"
pokok ilmu telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sejak Nuh dan selepasnya bahawa ALLah Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan, itulah haqiqat agama yang dipegang sekelian Nabi-Nabi, tidak boleh berpecah atau menyeleweng darinya yang tidak lagi berdasarkan ilmu. Kalau sudah tegas tidak datang dari Allah maka tidak ada lagi jaminan dari Allah pertolongan dan perlindungan dariNya.
Yahudi menganggap mereka bangsa pilihan. Bangsa lain rendah semuanya. Ini tidak sesuai dengan haqiqat ilmu yang mengatakan semua manusia dari keturunan Adam, dan Adam dari tanah. Tidak ada kelebihan manusia berdasarkan warna kulit.Yang paling mulia di sisi Allah adalah taqwa.
Nasrani menganggap adanya dosa waris dari dosa Adam. Maka Allah bingung beribu tahun antara sifat Adil dan KasihNya. Akhirnya Dia mengambil keputusan untuk menjelamakan diriNya ke dalam rahim seorang perawan suci, lahir sebagai Isa al-Masih yang disebut sebagai anakNya. Ertinya Dia sendiri menjadi Anak. Lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa manusia. Ajaran ini juga tidak b erdasarkan ilmu kerana setiap perbuatan manusia adalah dipertanggungjawabkan atas dirinya sendiri, kesalahan perbuatan sendiri tidak harus orang lain menanggungnya. Semua ahwa ahum, angan-angan hawa nafsu.
Maka diperingatkan keapda Nabi semua itu jangan dituruti kerana jika dituruti ahwa ahum itu, terlepaslah dari ilmu yang diturunkan langsung dari Allah. Segala macam penyelewengan bukanlah dari Allah, maka dengan ayat ini kita diberi peringatan bahawa lan tardha, tidak sekali-kali akan redah Yahudi dan Nasrani selagi kita tidak mengikuti agama mereka. KAlimah lan bereti tidak sekali-kali, selamanya.
Ayat ini memberi pedoman kepada umat Islam bahawa penting bagi Yahudi dan Nasrani mengyahudi dan menasranikan umat Islam. Kerana jika Islam tersebar di merata dunia, kedua agama itu akan ditelannya. Semua umat Yahudi dan Nasrani akan kembali kepada agama Tauhid, Islam. Maka agama mereka wajib dipertahankan, tak udah mengaji lagi benar atau salahnya.
Dengan isyarat ayat inilah kita sejak kebangkitan Islam, sejak perang salib sampai sekarang, kegiatan pengkristenan begitu hebat sekali. Missionaris Katholik dan zending Protestan begitu giat membelanjakan wang yang sangat banyak untuk mengkristenkan umat Islam. Semua ini telah diberikan isyarat oleh ayat ini, mereke tidak akan berhenti sebelum umat Islam menurut agama mereka. Kegiatan ini berhasil dibeberapa negara yang orang Islamnya hanya pada nama tetapi tidak mengerti ajaran Islamnya. Maka mereka membiarkan asal bathinnya telah bertukar seperti kristen.
Orang Yahudi tidak melakukan mision dan zending, mereka lebih senang agama mereka beredar dikalangan mereka sahaja. Tetapi mereka memasukkan jarum yang lain. Bukan sahaja di negara umat Islam, di negara umat Kristenpun mereka memasukkan pengaruh. Dalam Perjannjian Lama tidak ada ajaran akhirat tetapi lebih kepada perhatian dunia seperti riba dan harta benda, sehingga Amerika Syarikat terpaksa menutup urusannya bukan sahaja hari minggu hari besar Kristen, tetapi juga hari Sabtu hari kebesaran Yahudi. Sebab yang menguasai kewangan di Wallstreet ialah Yahudi. Jika Amerika yang begitu besar, apatah lagi negeri lain yang kecil.
Gerakan mission dan beberap gerakan dunia yang lain tampuknya dipegang Yahudi. Maka biar umat Islam tidak masuk Yahudi asal mengikuti cara hidup Yahudi Negara Islam mendirikan bank-bank dengan asas riba, terpaksa menjalankan sistem riba untuk terus bernafas, kerana seluruh dunia telah dikongkong Yahudi. Dan Yahudi seluruh dunia disatukan dalam sebuah negeri, Israel, di tengah dunia Arab dengan sokongan Amerika, British, Rusia dan negara Eropa yang lain.
Semua ini telah dinyatakan lama dahulu oleh Allah melalui Nabi Muhammad bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan tinggal diam selagi umat Islam tidak menurut agama mereka dan cara hidup mereka. Mereka mahu umat Islam meninggalkan ajaran Islam. Ia bukanlah untuk menimbulkan rasa takut tetapi sebagai perangsang untuk umat Islam berjihad menegakkan agama dan melancarkan dakwah. Kerana selagi orang Islam teguh memegang ajaran al-Qutran dan Hadith dan mengamalkannya dengan penuh kesedaran, tidaklah mereka akan runtuh atas usaha dua kaum itu. Sebab ayat ini memberi penegasan tiada pertunjuk sejati melainkan pertunjuk Allah, iaitu Islam.
Wassalam.
Labels:
Agama ( Aqidah dan pemikiran)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment