Tuesday, 18 July 2017

PERUMPAMAAN SAHABAT


1) Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah, macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi . (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian..
2) Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik..


3) Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau tidak ada, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari walau sedikit..
4) Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin...Muncul sesekali tapi impak bermakna.
5) Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu, sayur itu sangat elok untuk kesihatan kita..
Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting..
Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah Sahabat-sahabat mu'minmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat”.
Imam syafi'i berkata
“Jika engkau punya sahabat yg selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah.. maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya sangat mudah sekali”

No comments:

Post a Comment