Monday, 10 July 2017

Perang Salib Tidak Pernah Berakhir



Ramai penganut agama Islam dan Kristian berpendapat bahawa Perang Salib tercetus akibat dari perbalahan keagamaan. Namun, tujuan utama Perang Salib adalah untuk menyelamatkan Empayar Byzantine daripada dibinasakan oleh Empayar Seljuk. Dalam Pertempuran Manzikert tahun 1071, kekuatan tentera Seljuk yang menentang pasukan Byzantine menggerunkan mereka dan menyebabkan mereka khuatir dengan kelangsungan empayar Byzantine. Maharaja Alexios yang memegang tampuk kekuasaan bermula pada tahun 1081 juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kemaraan tentera Seljuk. 





Tentera Islam yang kuat dan digeruni ini dengan mudah menawan Asia Minor dan mengancam Constantinople (Istanbul pada hari ini). Alexios cuba mendapatkan pertolongan dari Pope dalam cubaan terdesak untuk menyelamatkan negaranya yang berkemungkinan besar bakal dikepung. Akhirnya, pada tahun 1095, Pope Urban II bersetuju untuk memberi pertolongan kepada Alexios. Pope Urban II memerintahkan tentera-tentera Salib dari Eropah Barat untuk pergi menyelamatkan Empayar Byzantine yang terletak di timur. Dalam perjalanan menuju Empayar Byzantine, tentera-tentera Salib dengan rakus membunuh orang-orang Yahudi di kawasan Rhineland. 

Mereka membunuh kaum wanita dan anak-anak kecil tidak kira umur dan jantina tanpa belas kasihan …yang lebih menyayat hati, para ibu lebih rela menamatkan riwayat anak-anak mereka yang masih kecil daripada dibunuh oleh golongan yang tidak berkhatan. Orang-orang Yahudi dijadikan tempat latihan demi menghilangkan kemanusiaan di dalam dada pejuang-pejuang tentera salib sehingga tiada yang berbaki walau sedikit. Jangka masa kezaliman ini berlangsung hampir dua abad sehingga tahun 1291. 

Sesuatu yang tercetus dengan tujuan untuk menyelamatkan negara yang terkepung berakhir dengan perang yang dianggap suci atas nama Tuhan Jesus. Semua ini berlaku apabila elemen agama menambah kemarakan api peperangan, meningkatkan moral dan menghalalkan tindakan kejam. Walaupun Baitulmaqdis hanya ditakluk buat seketika waktu oleh tentera-tentera Salib, namun, kekejaman yang dilakukan di Palestin maha dahsyat. 

Kemanusiaaan merupakan satu perkataan yang tidak wujud buat jangka masa yang lama di dalam kamus ajaran agama Kristian pada masa itu. Penaklukan Baitulmaqdis buat masa yang singkat bermula pada 15 Julai 1099. Selepas itu, wilayah Kristian berkembang hanya buat seketika sebelum diambil kembali. Tahun ini merupakan tahun ke-918 sejak semuanya bermula. Pada tahun 1204, akiba daripada ketegangan antara Byzantine dan pejuang Salib, penganut Katolik Kristian menentang penganut Ortodoks Kristian serta merompak Constantinople. Mungkin atas pengkhianatan inilah yang menyebabkan hubungan antara Katolik Kristian dan Ortodoks Kristian keruh hingga ke hari ini. 

Perkara ini terbukti bila Rusia yang rata-rata merupakan penganut Kristian Ortodoks bertindak mengharamkan gerakan evangelisme di bumi itu. Realitinya, Perang Salib kecil dianjurkan oleh gereja sehingga abad ke-16. Kejatuhan Granada pada tahun 1492 menjadi titik perubahan penting dalam sejarah Islam. Permulaan Pasitan Sepanyol telah membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum ubkan Kristian. Kaum Muslim dan Yahudi pula menjadi kaum yang pertama berdepan dengan kekejaman tidak bertamadun dari Ferdinand dari Aragon dan Isabella dari Castille. Tentera-tentera Salib gagal menawan kawasan Timur Tengah. 

Hal ini kerana Khilafah Uthmaniyyah yang perkasa mengawal perairan Mediterranean. Orang-orang Sepanyol dan orang-orang Portugis tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa bergerak menuju ke arah kawasan timur dan barat meninggalkan Eropah demi mencari mangsa untuk melepaskan kerakusan mereka. Sesampai sahaja di Amerika, mereka menggunakan kuman siflis yang terdapat pada tubuh untuk menjangkiti penduduk asal Amerika sehingga membunuh bilangan yang sangat besar. Di negara Timur, orang-orang Portugis telah menjarah negara India, Yemen, Melaka dan beberapa buah negara dan bandar yang terletak di persisiran laut. 

Hakikatnya, Perang Salib tidak pernah berakhir. Ini dapat dibuktikan melalui sambutan Himpunan Jubli Jerusalem yang cuba diadakan di Melaka pada bulan Jun tahun 2017 juga usaha gerakan Kristian Evangelis di negara Muslim yang sekarang ini telah mencetuskan ketegangan di bumi Islam. Peperangan di zaman ini telah berubah wajah. Kini, negara-negara Eropah memerangi orang Islam secara halus; mereka (negara-negara Eropah) tidak lagi mengeksport dakyah Kristian melalui kekejaman, pembunuhan beramai-ramai, dan pengusiran, sekarang mereka lebih bertamadun. 

Pendakyah Kristian menggunakan taktik licik untuk mencari mangsa dari kalangan orang-orang yang miskin dan mempunyai masalah keluarga mahupun masalah sosial lain. Golongan miskin yang disasarkan ini tertipu dengan pemberian-pemberian duniawi dan terhutang budi sehingga terpaksa dalam keadaan tidak rela memeluk agama Kristian. Namun, setelah kegagalan nilai-nilai Kristian di Eropah, sekarang eksport utama mereka adalah ‘’nilai-nilai” yang menjelikkan dan memualkan ke serata dunia, seperti hak asasi homoseksual, perkahwinan sejenis, penggulingan kuasa dan lain-lain ideologi yang hanya mampu membawa kebinasaan. 

Mungkin permulaan Perang Salib di kawasan timur tengah merupakan satu isyarat bermulanya akhir zaman. Kita hanya menunggu pembinaan semula Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa. Sehingga perkara itu terjadi, semoga kita dapat hidup bersama-sama dalam keadaan aman sentosa

Read more at: https://www.menara.my/perang-salib-tidak-pernah-berakhir/

No comments:

Post a Comment