Wednesday, 30 November 2016

Untung Bukan Islam Di Malaysia




Ulasan/Komentar

Untung bukan Islam di Malaysia, nak minum arak ada orang Islam daripada parti kononnya parti Islam generasi kedua tolong pertahankan kenaiakan harga arak. Nak makan babi ada orang Islam tolong lulus RUU BABI tanpa perlu tangguh atau buat perhimpunan RUU BABI. Forum RUU BABI pun tak perlu.

Kalau awak nak bahas RUU BABI mereka akan berhujah Presiden PAS semasa menjadi Menteri Besar Terengganu meluluskan perternakan babi di Terengganu. Mereka ini akan menyokong TGHH pada isu terpilih, ya lebih kurang macam Yahudi yang memilih ayat-ayat Allah yang mana boleh mendatangkan keseronakkan maka mereka sokong.




Babi ni bukan perkara baik untuk orang Cina, sama juga dengan arak. Kenapa kita tak ikut macam ahli falsafah cina dulu kala bercakap pasal babi.

Tokoh-Tokoh Perubatan CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Satu lagi penyakit ialah GAGAP dan PEMALAS.

Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”

Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'. 
Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.

Saya tulis banyak perkara di atas bukanlah nak mengatakan PAS tak setuju orang bukan Islam minum arak atau makan babi tetapi PAS memperjuangkan kebaikan umat manusia tak kira dia itu Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa.

Perkara yang tidak baik sepatutnya kita war-warkan dan kurangkan risiko dan berikan pendedahan ilmu kepada mereka. Sama kita memberikan pendedahan kepada orang yang tidak kawal makan untuk penyakit diabestis. Just itu normal.

Kita sedar orang makan babi perangai buruk dan kita tak mahu masyarakat Malaysia berperangai buruk.


Dr Xavier Jayakumar orang cerdik pasal dia ada status Dr. Dia bukan Islam tapi dia tahu bahaya arak. Tapi malang puak PAN dia ada juga status cerdik tapi malangnya nafsu yang tamak nak raih undi dia hilang pertimbangan waras.

Dulu di Malaysia orang tua Cina boleh dapat lesen hisap candu. Kalau perkara ini ada lagi sudah pasti ada MP PAN yang akan mencadangkan menurunkan harga CANDU! dan ada negeri-negeri Pakatan Harapan akan membuat ladang candu.

Jangan sampai kita nak tunjuk kepada bukan Islam kita ni perjuang kebebasan kerana nak raih undi bukan Islam, kita hilang pertimbangan akal, ilmu kesihatan, fakta sainstifik dan agama.


Haji Hassan Omar

No comments:

Post a Comment