Monday, 14 November 2016

Imej satelit tunjuk perkampungan Islam Rohingya dibakar



YANGON, 13 Safar 1438H, Ahad – Berdasarkan imej baru satelit yang disiarkan hari in, ratusan bangunan di perkampungan etnik Islam Rohingya di barat Myanmar dibakar. ketika pertempuran meletus di wilayah berkenaan.

Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch itu menunjukkan menjadi bukti kes kebakaran khianat terhadap perkampungan Rohingya.
Analisis mereka menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang menjadi lokasi pertempuran.



Dilaporkan api dan sisa kebakaran menunjukkan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja. Imej terbaharu dirakam pada 10 November lalu.
Pengarah Asia di Human Rights Watch, Brad Adams, berkata gambar baharu menunjukkan pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.


“Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan keselamatan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – Agens

No comments:

Post a Comment