Monday, 7 November 2016

Tahniah Buat JHEAT, Takziah Buat Dr Rozaimi



Artikel"

Khutbah Jumaat di Terengganu semalam menyentuh tentang keperluan kuasa mahkamah syariah dipertingkatkan. Konklusinya jelas bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu ( JHEAT) menyokong RUU355 walaupun isi kandungan khutbah itu tidak menyebut RUU355 secara langsung.

Tahniah JHEAT. JHEAT bukan hendak berpolitik melalui teks khutbahnya. Namun hasratnya jelas untuk mengharapkan  rakyat Terengganu dan pemimpinnya  agar menyokong usul yang dibawa ke Parlimen itu. Jabatan tersebut melihat betapa perlunya syariah Islam diperkasakan demi agama dan ummah ini.




Sebelum ini, mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, mufti Perak Datuk Harussani Zakaria dan banyak NGO Islam yang menyokong RUU355 ini. Mereka terdiri daripada individu yang berautoriti untuk bercakap tentang Islam. Walaupun sebelum ini mereka sukar untuk kelihatan bersama pandangan dengan PAS, namun dalam bab RUU355 ini, batas sempadan telah dipecahkan. Bukan kerana mereka menyokong PAS atau memposisikan diri dalam politik kepartian. Sebaliknya mereka melihat apa yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu adalah suatu usaha murni untuk mengangkatkan martabat Islam; hukum dan mahkamah syariahnya.

Sayangnya, ada seorang dua manusia lain yang bertitle Dr, rakus mempertahankan pendapat peribadi. Title Dr seolah-olah menjadi sandaran kekuatan hujah mereka. Dalam keadaan 80% ummah menyokong RUU 355 tersebut, terdapat Dr. Rozaimi  dan Dr. Maza yang  bersarang di Perlis duduk seblok dengan Siti Fatimah Kassim , peguam si jari tengah, DAP dan PAN. Walaupun  justifikasi mereka berbeza, namun natijahnya jelas bahawa RUU355 itu tak perlu disokong. Pendek kata, takziahlah untuk mereka.


Teringat penulis akan pesan seorang ustaz, belajarlah tinggi-tinggi tetapi bukan kerana gaji, pangkat dan populariti. Justeru, motif tulisanku jelas untuk mengucapkan tahniah buat JHEAT dan takziah buat Dr Rozaimi.

No comments:

Post a Comment