Monday, 7 November 2016

Ribuan ‘Ahok’ biadap ada di Malaysia - Isma



Berita

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengingatkan pemimpin Melayu mengenai padah sikap hipokrit dan sengaja mengambil kesempatan dalam permainan politik sempit, ketika negara sedang berdepan budaya anti-Islam dan anti-Melayu, yang semakin merebak melalui tindakan provokasi biadap dan terancang.

Ketua Penerangan Isma, Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata keadaan menjadi lebih berbahaya apabila tindakan provokasi melampau ini, cuba dihalalkan melalui usaha terancang, melabelkan perjuangan kebangkitan umat Islam mempertahankan hak mereka sebagai anti-Cina atau sinophobia.




Pendek cerita, katanya, penjenayah perkauman dibiarkan bebas untuk celupar, sebaliknya suara majoriti yang mempertahankan hak di bumi sendiri pula yang dilabelkan sebagai rasis dan anti-Cina

“Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia.

“Tetapi kumpulan penulis seperti Hew Wai Weng, di samping media beragenda jahat, sengaja memutarbelitkan isu untuk menggambarkan masyarakat Islam yang berdemonstrasi secara aman itu yang bermasalah, kerana mempunyai sikap rasis dan anti-Cina, manakala orang seperti Ah Hok suci bersih.

“Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustaz Hazizi berkata, istilah sinophobia sedang cuba untuk dipopularkan sebagai satu kaedah bagi menutup penyakit sebenar yang sedang merebak, iaitu sikap anti-Islam dan anti-Melayu.

Katanya, salah seorang pengusaha itu ialah Hew Wai Weng melalui artikelnya yang disiarkan oleh media liberal dan chauvinis, Malaysiakini, sengaja tidak mahu faham bahawa bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

“Isma kerap kali mengingatkan agar keistimewaan agama Islam di negara ini dan hak serta budaya orang Melayu sebagai penduduk pribumi mestilah dihormati oleh semua bangsa yang mengaku sebagai warganegara Malaysia.

“Tindakan melabelkan pendirian mulia dan bermaruah Isma ini sebagai rasis dan anti-Cina merupakan satu tindakan desperado, keji, hina lagi menjijikkan.

“Manakala tindakan pemimpin Melayu yang menjual kedaulatan negara kepada kuasa luar, di samping menaja gerakan ‘barbaric’ bertopengkan isu perkauman, merupakan pengkhianatan dan mempermain-mainkan agenda perjuangan Islam dan Melayu untuk kepentingan diri sendiri,” katanya. 

No comments:

Post a Comment