Wednesday, 30 November 2016

Saya tidak khianati Cina Untuk Menyokong RUU 355- King Sing




Berita


Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.


King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.




Keadaan itu, menurut King Sing, bagi mengelakkan kekecohan dan perpecahan dalam masyarakat. "Kami tidak boleh terlalu pentingkan diri, pindaan akta bertujuan meningkatkan hukuman oleh Mahkamah Syariah.

"Sasaran dalam pindaan akta ini bukan orang Cina," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.Berlainan dengan pemimpin bukan Islam yang lain, King Sing sebelum ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan Akta 355.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pendirian MCA tidak pernah berubah iaitu membantah rang undang-undang persendirian yang diusulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya melalui satu kenyataan, rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Dalam majlis berlainan di Johor Bahru, Tiong Lai berkata, Malaysia mungkin sudah mengamalkan dasar asimilasi jika MCA tidak ditubuhkan di negara ini.Beliau menyeru orang muda supaya tidak mengambil mudah masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia.

No comments:

Post a Comment