Friday, 30 September 2016

Ya Allah! Musnahkanlah Bashar dan penyokongnya


http://ulamasedunia.org/ | .
Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi, menggesa pemimpin Arab Islam agar segera campur tangan bagi menyelamatkan kanak-kanak Syria dari pembunuhan beramai-beramai di wilayah bergolak, Homs.

Akibat satu insiden serangan di Homs, kanak-kanak dilaporkan melecur selepas dibom dengan bom ‘Napalm’ oleh tentera Assad.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu apabila dipetik dari laman Twitter beliau berbunyi:



“Wahai pemimpin Arab dan Islam sekalian, kamu adalah pembuat keputusan di negara kita. Lihatlah pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Syria ini, adakah ia tidak meluluhkan perasaan kamu?! Selamatkanlah mereka sebelum kamu ditimpa dengan azab yang pedih!”

Beliau juga mengulas mengenai peristiwa kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan itu, mereka dirawat hanya dengan lumpur untuk memulihkan luka kerana kehabisan bekalan ubat setelah sekatan yang dikenakan ke atas kawasan itu.

Menurutnya lagi, perkara sebegini ini telah berlaku lebih dua tahun.

“Anak-anak yang cedera ini hanya dirawat dengan lumpur akibat kehabisan ubat-ubatan kerana sekatan! Demi Allah, hati yang sakit itu sedang berteriak! Ya Allah, musnahkanlah Bashar dan penyokongnya!”

Sejurus selepas para mujahidin berundur dari Daraya ke utara Syria, Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Sedunia itu menegaskan bahawa sesungguhnya dengan izin Allah SWT akan kembalilah kemenangan bagi memberi pengajaran kepada mereka yang zalim serta mereka yang berbolak-balik pendiriannya.

Sheikh Dr. Ali Al-Qurrah Daghi juga telah mengutuk keputusan Mahkamah Iraq untuk memenjarakan kanak-kanak selama setahun atas kesalahan mencuri kertas tisu.

Di Iraq, hukuman penjara telah dijatuhkan ke atas kanak-kanak yang mencuri sekotak tisu.

Akan tetapi, menurutnya lagi, mereka yang mencuri berbillion pula terselamat daripada pengadilan; jika perbuatan mencuri dilakukan oleh golongan yang lemah, maka mereka akan dikenakan hukuman.

Mahkamah Samawah yang terletak di bandar terbesar di wilayah selatan Muthanna baru-baru ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kerana didakwa mencuri beberapa kotak tisu

No comments:

Post a Comment