Friday, 13 January 2017

Perhimpunan (Ijtimak) Lelaki Terbesar Umat Islam



Umum"

TongiTahukah Anda !!!

Pada hari ini Jumaat iaitu 13 hingga 15 Jan 2017 bermulalah satu perhimpunan( ijtimak ) lelaki terbesar umat Islam seluruh dunia.

Panjang saf pertama (dari kanan ke kiri ) untuk solat menjangkau 3 km. Dari saf hadapan hingga kebelakang kira kira 2 km. Saf yang begitu lurus dan tidak bengkang bengkok menunjukkan kesatuan hati umat islam tercerna kukuh dan kesungguhan mengikut sunnah nabi saw.


Dikhabarkan 3 hingga 4 juta manusia datang dari lebih 200 negara berhimpun untuk fikir dan risau untuk umat dan akan bertaburan pergi ke seluruh pelusuk dunia untuk sampaikan kalimah.
Perhimpunan besar ijtimak tahunan ini berlokasi di tebing sungai Tongi berhampiran lapangan terbang antarabangsa Dhaka, Bangladesh atas maksud



*_UNTUK MEMBANGUNKAN KERJA AGAMA DI SELURUH DUNIA CARA NABI SAW DAN PARA SAHABAT RHUM._*
*_Perhimpunan ini juga mengaturkan kerja agama yang dibawa oleh Baginda Nabi saw dapat diteruskan oleh umat akhir zaman hingga hari kiamat._*

Untuk pengetahuan semua untuk tahun ini mufti Pahang juga menghadirinya diikuti berapa orang ulamak serta kenamaan VIP yang lain.

Dalam suasana musim sejuk dibawah 10 celcius ini, bayangkan ketika solat 3 ke 4 juta manusia berdiri dan sujud serentak memohon doa dengan tangisan memohon hidayah dari Nya. Inilah gambaran yang amat menusuk jiwa bahawa orang islam itu bersaudara. Bukan sekadar bersaudara kalimah ini kena disebarkan ke seluruh dunia sebagai "khairun ummati ".
Adakah kalian tidak ingin merasainya?

No comments:

Post a Comment