Tuesday, 31 January 2017

Masjid di Texas terbakar dapat sokongan luar biasa

BULETIN ONLINE | .



LEBIH daripada 2,600 orang telah menyumbangkan derma untuk membina semula sebuah masjid di Victoria, Texas selepas kebakaran memusnahkan kompleks itu.

“Kami akan membina semula, dengan cinta (kasih sayang)!” menurut laman Facebook Pusat Islam Victoria, dengan memaparkan gambar yang menunjukkan kebakaran besar dan kepulan asap hitam yang berlaku pada Sabtu.

Kempen ‘gofundme.com’ untuk membiayai pembinaan semula masjid yang mempunyai jemaah kira-kira seratus orang, sudah mencapai satu perempat daripada sasaran USD450,000 menjelang petang Sabtu, dan meningkat kepada $119,670 dalam tempoh sembilan jam.



Punca kebakaran masjid itu masih disiasat oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak FBI.

Mesej sokongan kepada masjid tersebut datang mencurah-curah, walaupun dalam suasana ketegangan ekoran dasar Presiden Trump yang dilihat memusuhi Islam.

Cody Cluff, yang menderma US 27 menulis, “Ramai rakyat negara anda dan menghargai anda dan orang-orang agama Islam dan anda adalah sebahagian indah masyarakat kita, dan saya minta maaf untuk kebencian yang telah dilakukan ke atas andadan semoga kamu diberkati dengan keberanian, kekuatan, dan kedamaian.”

Seorang penderma lain, Betsy Brune berkata beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada masjid itu.

“Kami amat kesal dengan (apa yang berlaku terhadap) masjid anda, kami akan mempertahankan setiap rakyat Amerika yang hanya mahu untuk hidup dan beribadat menurut kehendak mereka (dan) adalah janji utama negara kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Amerika.

“Sokongan padu daripada masyarakat Victoria yang indah dan dari seluruh negara memang diluar jangkaan! Bersatu kita teguh! Tolong jangan mempolitikkan tragedi (kebakaran) itu,” tulis pihak masjid.

Serangan anti-Islam telah meningkat sejak pilihan raya 8 November dan apabila Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Trump dalam kempennya telah mengkritik lantang dasar-dasar kerajaan terhadap apa yang dipanggilnya sebagai “keganasan Islam radikal” dan berjanji akan melaksanakan beberapa langkah terhadapnya.

Ia termasuk perintah eksekutif mengehadkan aliran pelarian ke Amerika Syarikat dari tujuh negara Islam dan membawa “tapisan melampau” prosedur memeriksa pengenalan, serta cadangan untuk mempunyai pendaftaran orang-orang Islam

No comments:

Post a Comment