Tuesday, 31 January 2017

PBB desak Trump henti larang pelarian masuk Amerika


HARAKAHDAILY | .
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Donald Trump di tidak menutup sempadannya bagi orang-orang yang melarikan diri perang dan penganiayaan.

"Keperluan pelarian dan migran di seluruh dunia sudah semakin lebih besar, dan program penempatan semula AS adalah salah satu yang paling penting di dunia," ungkap UNHCR, Badan Pelarian PBB, dan IOM, Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi, mengatakan dalam sebuah pernyataan bersama.

"Tempat kediaman disediakan oleh setiap negara sangat penting," kata UNHCR dan IOM, seperti dilansir Anadolu Agency.





Trump sebelum ini menandatangani tindakan eksekutif Rabu lalu untuk mengusir pendatang tanpa izin yang terlibat dalam kegiatan jenayah, dan hari Jumaatnya dia menghadkan arus pelarian ke AS sebagai langkah mencegah pengganas Islam radikal.

"Badan-badan PBB berharap AS akan terus melakukan peranan kepemimpinannya dan tradisi panjangnya melindungi mereka yang melarikan diri dari kawasan konflik dan penganiayaan," kata kenyataan itu.

"Kami sangat percaya bahawa pelarian perlu menerima perlakuan yang sama untuk perlindungan dan bantuan serta peluang untuk penempatan semula, terlepas dari agama mereka, kebangsaan atau bangsa," tegas beberapa institusi tersebut. [Islampos]

No comments:

Post a Comment