Friday, 2 June 2017

Ideologi ‘Kemanusiaan’ Mula Menyerang Anak Muda Melayu-Islam

Putrajaya: Program Dialog Antara Agama dan Budaya untuk Belia (IIDY) anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU), telah mengangkat slogan “Kemanusiaan, Kehormatan dan Toleransi Anutan Kami”.
Majoriti peserta adalah anak-anak muda Melayu beragama Islam. Program dijalankan selama dua hari di samping kunjungan ke beberapa tempat untuk berkongsi pengalaman beragama dalam komuniti agama minoriti.
Ia disasarkan bagi tujuan dialog dan bertukar-tukar pandangan. Program bertempat di Kuala Lumpur Enterpreneurs Experience (KLEX), Subang Jaya, dan dimulakan dengan seminar yang disampaikan oleh Prof. Dr. Syed Farid al-Attas.


Program hari pertama berakhir dengan sesi pembentangan oleh para peserta dan dibuat penilaian oleh Pn. Victoria mewakili Projek Dialog dan En. Shuhaib ar-Rumy daripada Islamic Renaissance Front (IRF).
Program hari kedua, melibatkan kunjungan ke Bangsar Lutheran Church di mana para peserta dilayan dengan baik oleh tuan rumah, Pastor Sivin Kit. Abdul Adieka Amirul, salah seorang peserta yang nyata kagum dengan layanan tuan rumah, turut berkongsi pengalaman beliau.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sivin Kit yang mewakili Bangsar Lutheran Church kerana menerima kami sebagai tetamu. Semoga Tuhan Yesus memberkati tuan dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia.” “In the name of Father, Son and Holy Spirit”, Abdul Adieka menggunakan frasa ini bagi mengkuduskan izin beliau kepada gereja Pastor Sivin Kit menggunakan gambar-gambar peserta program.
Kunjungan pada sebelah petang dibuat ke Jemaah Ahmadiyyah Muslim Malaysia yang berpengkalan di Selayang. Ahmadiyyah yang turut dikenali sebagai kumpulan Qadiany telah difatwakan sebagai BUKAN daripada ajaran Islam menerusi Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2004 (Wilayah Persekutuan) dan pengikut Qadiany difatwakan sebagai bukan orang Islam.
Namun, tidak gentar melawan fatwa atas semangat anutan ‘Kemanusiaan’, para peserta program beragama Islam turut bersolat jemaah dengan diimamkan oleh salah seorang Imam Qadiany.
Walaupun telah difatwakan sebagai bukan Islam, peserta program KMU menggunakan nilai anutan mereka iaitu ‘Kemanusiaan’ untuk bersolat jemaah bersama Imam Qadiany tersebut.
“Saya tidak langsung melihat akan perbezaan antara mereka dengan Ahli Sunnah, malah ketika itu, saya berkesempatan untuk menunaikan solat Zohor saya pada hari itu dengan berimamkan seorang Ahmadiyyah.Tiada sebarang perbezaan pun antara solat mereka dan solat seorang Sunni. Jika saya mengajukan masalah ini kepada ulama Sunni, tentu mereka akan mengatakan yang solat saya tidak sah pada ketika itu, kerana berimamkan seorang kafir,” dedah Abdul Adieka.
“Namun, itu realitinya. Saya telah ditakdirkan hidup pada zaman di mana manusia mengambil alih kerja Tuhan iaitu menghakimi manusia, sedang yang akan menentukan seseorang itu sama ada ke syurga atau neraka adalah urusan sang Khaliq, bukan urusan para makhlukNya,” katanya lagi.
Beliau juga berikrar, “Saya berjanji, bahawa saya akan berusaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap golongan Ahmadiyyah.”
Progam anjuran KMU ini berakhir pada 2 April 2017. Komuniti Muslim Universal (KMU) merupakan cabang Malaysia kepada Muslims For Progressive Values di bawah Zuriani Khalid (Ani Zonneveld) di Amerika Syarikat – menara.my

No comments:

Post a Comment