Friday, 20 May 2016

Kajian Terbaru Dedah Kesan Mengejutkan Suara Ibu Pada Otak Kanak-Kanak




Kurang dari satu saat. Itu masa yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk mengenalpasti suara ibunya.

Satu kajian dari Universiti Standford mengkaji bagaimana kanak-kanak memberi reaksi kepada suara ibu berbanding dengan suara wanita yang tidak dikenali.

Dan saintis mendapati, suara ibu bukan sahaja dikenalpasti di bahagian pemprosesan suara, malah di beberapa bahagian otak yang lain.

Bahagian otak seperti emosi, ganjaran, pengecaman wajah dan fungsi sosial juga akan 'memberi respon' apabila suara ibu kedengaran. Dengan ringkasnya, suara ibu boleh 'mengajar' sistem-sistem ini dan mempengaruhi bagaimana anak-anak berkomunikasi secara sosial.

"Banyak dari proses sosial, bahasa dan emosi dipelajari dengan mendengar suara ibu", kata pakar di Standford, Daniel Abrams yang mengetuai kajian itu.

"Tapi, hanya sedikit yang kita tahu bagaimana otak kita menyusun dirinya mendengar suara yang penting ini(suara ibu). Kita tidak sedar bahawa suara ibu boleh mempunyai akses yang begitu cepat ke banyak bahagian sistem otak", kata beliau lagi.

Di dalam kajian itu, dua dozen kanak-kanak, yang berumur 7 hingga 12 menjalani imbasan MRI ketika mendengar klip bunyi pendek dari pelbagai sumber bunyi. Beberapa klip bunyi diambil dari suara ibu mereka sendiri manakala beberapa lagi diambil dari orang yang tidak dikenali.

Menariknya, biarpun suara ibu berdurasi kurang dari satu saat, kanak-kanak boleh meneka suara ibu mereka dengan ketepatan 97 peratus.

Monday, 16 May 2016

Surabaya Haramkan Minuman Beralkohol





JAKARTA – Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Luar Negara
Menurut Jakarta Post, bandar kedua terbesar di Indonesia itu telah meluluskan undang-undang kecil bagi mengharamkan minuman beralkohol dan undang-undang berkenaan akan digubal selepas mendapat kelulusan daripada Gabenor Surabaya.
Akhbar berkenaan memetik Speaker Majlis Perundangan Surabaya, Armuji, sebagai berkata, di bawah undang-undang kecil itu, hukuman terhadap pesalah termasuklah amaran bersurat, denda pentadbiran, penutupan sementara perniagaan, pembatalan lesen perniagaan dan menutup perniagaan.
“Pesalah juga akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda tidak lebih daripada Rp50 juta (kira-kira RM15,000).
“Undang-undang kecil itu meliputi sebarang jenis minuman beralkohol yang mempunyai kandungan lebih 10 peratus alkohol, termasuk minuman tradisional dan minuman keras bercampur,” katanya.
Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja.

Kerajaan Tempatan Papua telah mengharamkan minuman alkohol di wilayah berkuat kuasa Mac lepas. Menurut data Polis Papua, 86 orang terbunuh, 264 cedera dan 839 cedera ringan sejak 2013 dalam kes berkaitan alkohol. – BERNAMA

Member of the Swiss Political Party that Pushed for Minaret Ban Converts to Islam



Pelakun Jean Claude Van Damme Meniru Gaya Hidup Nabi Muhamad SAW Untuk Sehat

Monday, May 16, 2016

J

van damme

Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon asal Belgium yang terkenal dengan aksi-aksi laganya. Dengan tubuh yang sangat prima di usia 55 tahun, Van Damme ternyata mempunyai cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mengikuti kebiasaan hidup dari Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah sesi temu bual, Van Damme ditanya mengenai pola makan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa ia mengikuti pola makan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Islam. "Bacalah. Penemuan-penemuan daripada Muslim, banyak perkara baik (di situ). Nabi Muhammad sangat bijak, "kata Van Damme mengawali penjelasannya.
Van Damme menilai Nabi Muhammad SAW sebagai sosok yang bijak kerana beliau dapat mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi tubuh di masa depan. Seperti yang telah diketahui, Rasulullah telah memberi contoh gaya hidup yang mengelakkan makanan atau minuman yang mempunyai kesan tidak baik bagi kesihatan tubuh. Salah satu yang dicontohkan ialah alkohol.

"Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan, mengenai tubuh," tambah Van Damme.

Gengster bertatu di muka hijrah lepas mimpi kiamat

GARA-gara mimpi hari kiamat seorang gengster dari negara jiran yang dikenali dengan nama 'Abang Long Fadhil'  atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT.
Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.
“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.
“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati.

“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan Ar-Rahman TV.
Fadhil turut memberitahu beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah.
“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.

Friday, 13 May 2016

Berwaspadalah Kalau Anda Sudah Berumur 40 Tahun!


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.