Tuesday, 10 January 2012

STATISTIK KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH 2006-2010 SELURUH MALAYSIA: UNTUK RENUNGAN BERSAMA





Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kelahiran anak luar nikah telah mengemparkan ramai pihak.  Perkara ini secara nyata menjelaskan negara sedang berhadapan dengan kemelut isu sosial yang amat tenat. Kelahiran anak luar nikah merupakan  ’outcome’   akhir gambaran natijah kegagalan sistem sosial kita samada berkaitan institusi keluarga, pendidikan, perundangan, aspek kegamaan dan lainnya.  Data statistik berikut menunjukan masalah gejala kelahiran anak luar nikah mengikut bangsa yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun (2006-2010);


          Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Bangsa (2006-2010)

TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
ETNIK
MELAYU
13545
16100
16541
17303
17490
(%)
35.4%
36.4%
35.3%
33.0%
33.0%
(%) +/-

+15.9%
+2.7%
+4.4%
+1.1%
CINA
4739
5111
4943
4128
3864
(%)
12.4%
11.6%
10.6%
7.9%
7.3%
(%) +/-

+7.3%
-3.3%
-16.5%
-6.4%
INDIA
4621
4818
4772
5044
4703
(%)
12.1%
10.9%
10.2%
9.6%
8.9%
(%) +/-

4.1%
0.95%
5.4%
6.8%
LAIN-LAIN
15353
18205
20566
25903
26475
(%) +/-

15.7%
11.5%
20.6%
2.2%
(%)
40.1%
41.2%
43.9%
49.5%
49.9%
KESELURUHAN
38,258
44,234
46,822
52,378
52,982
(%) +/-

+13.5%
+5.5%
+10.6%
+1.1%

                                                              Sumber: JPN


Berdasarkan data di atas kelahiran anak luar nikah dari bangsa Melayu ialah 13545 bagi tahun 2006, 16100 (2007), 16541 (2008), 17303 (20019) dan 17490 (2010). Ini bermakna bagi lima tahun (2006-2010) terdapat  sejumlah 80,979 kelahiran anak luar nikah melibatkan orang Melayu beragama Islam. Bagi kaum Cina catatan menunjukkan kelahiran anak luar nikah bagi tahun 2006 (4739), 2007 (5111), 2008 (4943), 2009 (4128) dan 2010 (3864). Ini bermakna bagi lima tahun (2006-2010) terdapat sejumlah 22785 kelahiran anak luar nikah melibatkan bangsa Cina. Seterusnya bagi orang India kelahiran bagi tahun 2006 (4621), 2007 (4818), 2008 (4772), 2009 (5044) dan 2010 (4703). Ini bermakna bagi tempoh lima tahun kelahiran anak luar nikah melibatkan bangsa India ialah 23,958 orang. Bagi lain-lain bangsa (tidak ada maklumat dalam surat beranak) 2006 (15353), 2007 (18205), 2008 (20566), 2009 (25903) dan 2010 (26475). Ini bermakna dalam tempoh lima tahun ( 2006-2010) bagi kelahiran anak luar nikah lain-lain bangsa (tidak ada maklumat dlm surat daftar kelahiran) terdapat 106,502 kelahiran. Berdasarkan data bagi tempoh 5 tahun keseluruhan seramai 234674 anak luar nikah dilahirkan di seluruh negara.

Berdasarkan data kelahiran anak luar nikah mengikut bangsa teramai ialah orang Melayu iaitu 80979 orang, diikuti oleh kaum India 23958 dan kaum Cina seramai 22785 orang. Trend ini menepati keseimbangan peratusan penduduk di Malaysia di mana orang Melayu Islam berjumlah adalah majoriti melebihi 61%, Cina 24% dan 7% adalah orang India. Walaubagaimanapun apa yang mendukacitakan terdapat 106502 orang bayi yang dilahirkan tanpa mempunyai pengenalan diri. Jumlah ini mewakili  lebih 50% dari jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan.

Berdasarkan statistik, kelahiran anak luar nikah merupakan masalah semua bangsa dan agama di negara ini. Walaubagaimanapun apa yang paling mendukacitakan perkara ini juga telah melibatkan sebahagian besar umat Islam. Penglibatan sejumlah besar umat Islam dengan gejala seperti ini adalah satu yang anih kerana mereka secara umumnya telah didedahkan dengan pendidikan Islam sejak dari bangku sekolah lagi. Jelas di sini menunjukkan sistem kekeluargaan dan pendidikan umat Islam yang amat mementingkan agama dianggap sudah tidak menjadi benteng kukuh untuk mereka lagi. Persoalannya apakah sebenarnya yang telah mempengaruhi gaya hidup umat Islam sehingga sebahagian mereka terjebak dengan gaya hidup jahiliah dan sesat ini.

Bagi pendapat peribadi saya berkemungkinan besar trend gaya hidup bebas dan perkembangan teknologi ICT seperti Laman Sesewang FB dll telah merubah gaya hidup umat Islam kearah lebih liberal dan bebas. Kemuncaknya mereka telah terlibat dengan gaya hidup penuh mungkar dan maksiat ini. Kalau kita melihat trend yang berlaku ini secara umumnya dapat dilihat kemuncak kelahiran anak luar nikah adalah seiring dengan kemunculan apa yang dipanggil Laman Sesewang sejak 3 & 4 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik di atas (utk semua kaum) terdapat lonjakan kelahiran anak luar nikah secara amat ketara bagi tahun 2007 (44234),2008 (46822), 2009 (52378) dan 2010 (52982) dibandingkan tahun 2007 hanya sekadar (38268). Marilah kita sama-sama merenung dan mencari jalan penyelesaiannya.

Sunday, 8 January 2012

STATISTIK PERCERAIAN 20 TAHUN (1990-2010) NEGERI-NEGERI





Antara masalah sosial yang sering dibincangkan oleh masyarakat ialah berkaitan keruntuhan institusi rumah tangga. Isu berkaitan rumah tangga khususnya berkaitan peningkatan kadar perceraian amat merungsingkan semua pihak. Ini kerana sekiranya perkara ini gagal ditangani ia akan menimbulkan isu-isu lain yang lebih rumit. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan yang mengatakan masalah perceraian semakin serious dari tahun ke setahun. Berikut adalah data-data berkaitan perkara tersebut;

                                             Pendaftaran Cerai mengikut Negeri, 1990 – 2000
BIL
NEGERI/
TAHUN

1990

1991

1992

1993

1994

1995

1996

1997

1998

1999

2000
1
PERLIS
287
277
253
147
256
234
216
209
288
221
188
2
KEDAH
1318
1158
1562
1646
1492
2099
1765
1729
1914
1660
1168
3
P.PINANG
499
479
535
475
493
626
243
601
613
656
647
4
PERAK
717
688
731
684
788
719
849
601
1024
1134
1234
5
SE’GOR
918
1264
460
937
1318
1103
1333
1102
1454
1568
2075
6
K.L
452
506
613
559
733
237
553
897
894
711
499
7
N.SEM
288
310
359
326
424
425
446
416
572
528
625
8
MELAKA
317
361
332
410
373
143
514
528
521
343
463
9
JOHOR
1417
1249
1446
1492
902
1315
1199
1442
1083
1551
1942
10
PAHANG
661
600
552
546
704
689
763
1,069 
1221
1118
1016
11
T’GANU
1005
1044
1061
894
970
759
637
632
903
958
1005
12
K’TAN
1696
1663
1542
1672
1585
1711
1577
1814
1905
1918
1784
13
S’WAK
305
421
364
433
434
201
358
358
514
342
486
14
SABAH
1261
1244
1359
1384
1139
1187
546
339
357
420
433
15
W.P.LAN
53
46
38
38
26
26
54
40 
54
27
40

M’SIA
11194
11310
11207
11643
11637
11474
11053
10668
13317
12172
13605
                                                                                              Sumber: JAKIM 

Statistik pendaftaran cerai mengikut negeri-negeri bagi 10 tahun (1990-2000) menunjukkan kadar perceraian dalam lingkungan  11000-13000 pasangan setahun. Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun (1990-2000)  yang bercerai ialah 129,280 pasangan. Di mana purata perceraian setahun ialah 12928 pasangan. Beberapa negeri menunjukkan kadar perceraian tahunan yang tinggi seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor. Di Kelantan bagi tahun 1990-2000 ( 10 tahun) terdapat  18,867 pasangan telah bercerai. Ini diikuti oleh Kedah (18011), Selangor (13532) dan Johor (15381) pasangan.
                                                             Pendaftaran Cerai mengikut Negeri, 2001-2010
BIL
NEGERI/
TAHUN
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
1
PERLIS
186
226
253
164
228
326
309
458
502
523
2
KEDAH
1549
1133
1085
1474
1737
2006
2188
2407
2749
2623
3
P.PIN
717
911
925
916
913
813
917
937
1162
1044
4
PERAK
1103
1975
1363
1508
1475
1577
1551
1951
1790
2223
5
S’ngor
1870
1977
3158
3136
3030
3421
3685
4069
4614
5342
6
K.L
721
798
885
1296
1250
1423
1459
1444
1637
1721
7
N.S
564
629
684
638
807
867
907
1054
1243
1343
8
MELAKA
475
530
589
553
612
726
758
889
923
1138
9
JOHOR
963
1627
1612
1690
1521
2001
2057
2329
3353
2793
10
PAHANG
1042
894
917
616
1505
1541
1502
1719
1959
2140
11
T’GANU
1046
813
897
1172
1285
1232
1537
1341
1883
1273
12
K’TAN
2042
1472
1926
1952
1900
2014
2257
2266
2478
2573
13
S’WAK
602
634
652
826
820
974
910
1076
963
1511
14
SABAH
444
257
514
711
582
935
1040
746
2548
1704
15
W.P.LA
79
61
28
50
84
99
63
114
87
84

MALAYSIA

13403

13937

15488

16702

17749

19955
21140
22800
27891
28035
                                                                              Sumber: JAKIM

Analisis bagi 10 tahun berikutnya ( 2000-2010) menunjukan kadar perceraian berlaku dalam lingkungan 13000 hingga 28000 pasangan.Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah 197,120 pasangan.Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah19712 pasangan. Jumlah terkumpul 10 tahun perceraian bagi negeri-negeri  ialah Perlis 3175, Kedah  18954, P. Pinang 9255, Perak 16516, Selangor 34302, K.Lumpur 12633, N. Sembilan 8736, Melaka 7193, Johor 19946, Pahang 13835, Terengganu 12479, Kelantan 20880, Sarawak 8968, Sabah 9481 dan W.P.Labuan ialah 749 pasangan. Berdasarkan data, 4 negeri yang mempunyai kadar tertinggi perceraian dalam tempoh 10 tahun ialah Selangor,(34302) diikuti Kelantan ( 20880), Johor 19946 dan Kedah 18954 pasangan


Berdasarkan statistik juga menunjukan bagi tempoh 20 tahun 1990-2010 terdapat 326,400 pasangan telah bercerai.  Di peringkat negeri pula telah berlaku perubahan kadar perceraian tertinggi iaitu pada tahun 1990-2000 kadar cerai tertinggi ialah Kelantan namun bagi 2000-2010 negeri yang mempunyai kadar perceraian tertinggi ialah Selangor. Perubahan ini mungkin menjurus kepada pola kemajuan sesbuah negeri berkenaan.

Walaupun masih tiada lagi kajian ilmiah dijalankan berkaitan punca-punca perceraian namun trend perceraian yang semakin meningkat dari tahun kesetahun adalah amat membimbangkan. Keadaan ini semakin ketara sejak 3 tahun kebelakang ini iaitu tahun 2007-2010, di mana kadar perceraian melebihi tahap 22,000 pasangan setahun. Bahkan pada tahun 2009 dan 2010 kadar ini meningkat sehingga 28,000 pasangan.Apakah puncanya ? Apakah faktor ledakkan teknologi maklumat ? Kewujudan Laman Sesewang spt FB dan lainnya.

Pastinya sekiranya keadaaan ini gagal diatasi dibimbangi untuk masa hadapan negara akan terjerumus kepada isu-isu sosial yang lain.  Apakah isu-isu sosial yang kita sedang hadapi sekarang ini sedikit sebanyak ada hubungkait dengan fenomina ini ? Marilah sama-sama kita memikirkannya.