Monday, 6 June 2016

Mengapa Rasulullah SAW Menyarankan Agar Berbuka Puasa Dengan Buah Tamar


"
Info/Maklumat

Mengapa Rasulullah SAW Menyarankan Agar Berbuka Puasa Dan Memulakan Makanan Harian Dengan Memakan Buah Tamar Apabila Dalam Keadaan Perut Kosong ?

Pernahkah anda tahu apakah yang membezakan antara makanan yang dimasak dengan makanan mentah segar seperti buah-buahan yang organik apabila kita memakan makanan-makanan ini?   Apa yang berlaku ke atas sistem penghadaman di dalam tubuh kita?


Perbincangan tentang masalah ini berkemungkinan akan menjawab mengenai kewajaran mengapa Rasulullah SAW di dalam bab berbuka puasa, menyarankan agar kita memulakan dengan memakan buah tamar.   Kajian terhadap Sirah Rasulullah SAW juga mendapati bahawa Rasulullah SAW memulakan makanan harian baginda dengan air kosong yang dicampur madu (sesetengah riwayat menyatakan air zam-zam) dan juga buah tamar segar iaitu buah tamar yang hidup ketika keadaan perut masih kosong, tidak dengan makanan yang dimasak seperti gandum yang dimasak atau makanan masak bergulai seperti kari.

Makanan Mentah (Raw Foods) Dan Enzim Hidup.


Buah tamar atau buah kurma hidup adalah tergolong dalam jenis buah-buahan.   Ia adalah makanan mentah ( yang biasanya tidak dimasak dengan api apabila dimakan.)  Makanan mentah (raw foods) adalah tergolong dalam makanan sebenar.  Ia disebut sebagai Real Foods.  Telah terdapat bukti jelas bahawa salah satu sebab utama mengapa jus segar daripada buah-buahan dan sayuran dapat berfungsi untuk memulihkan keadaan kesihatan adalah kerana ia mengandungi enzim-enzim hidup yang dapat membaiki sel-sel dan tisu yang berpenyakit.  Saya yakin kita akan dapat merasakan  peningkatan yang ketara dalam tenaga dan kesihatan kita jika kita meningkatkan jumlah pengambilan makanan hidup yang mentah dalam diet kita. Jika anda mengabil jus buah-buahan dan sayur-sayuran secara tetap , ia secara berperingkat akan menjadi mudah untuk menggunakan lebih daripada 50 % daripada makanan anda dalam keadaan raw (mentah).

Kebangkitan Empayar Syiah Persia Zaman Moden

Dahi Khalfan

Wakil ketua polis bandar Dubai, Dahi Khalfan, mengingatkan negara-negara Arab bahawa Syiah Iran yang dipimpin Ali Khomeini sedang membina emperator Parsi yang terbentang dari Tehran ke kawasan utara Yaman.

Kenyataan ini dikatakan Dahi Khalfan bertindak balas terhadap campur tangan kerajaan Syiah Iran terhadap urusan di Timur Tengah, khususnya konflik di Iraq, Syria dan Yaman.

"Ada yang harus negara-negara Arab ketahui bahawa 60% kawasan di utara Yaman telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Syiah Iran di bawah Ali Khomeini," ujar Dahi pada hari Minggu (29/05) kemarin.

Dahi melanjutkan, "Luas wilayah Iran saat ini bukanlah bersempadan dengan Syria dan Iraq, akan tetapi telah mencapai kawasan utara Yaman."

Sementara itu dalam kesempatan lain, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubaeir dalam wawancaranya dengan surat khabar Frankfurt Jerman mendesak Syiah Iran untuk segera menghentikan projek emperator Parsi dan mencampuri urusan dalaman bangsa Arab.

sumber eramuslim.com

Wednesday, 1 June 2016

Pengalaman Mati 2 Jam Beri Kesempatan Azlina Lihat Kehidupan Neraka


Rencah/Viral

Azlina (23 th.), gadis asal Desa Pematang Duku, Kecamatan Bengkalis, Kabupaten Bengkalis Riau, mengalami peristiwa yang menakjubkan dan mengerikan semasa jantungnya tidak berdetik selama 2 jam serta disahkan sudah mati.

Waktu nyawanya dicabut malaikat maut, Azlina rasakan sakit yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya seperti disiat-siat ketika rohnya dicabut melalui kaki kanannya.

Ini jenazah Azlina waktu beliau mati sepanjang 2 jam. Ketika jantungnya berhenti berdenyut selama 2 jam itu dia melihat banyak kejadian yang sangat mengerikan serta menakutkan.

Sebahagian orang disiksa di akhirat. Beliau saksikan orang menanggung beban yang demikian berat seberat 500 ton, baunya busuk dan seluruh tubuhnya penuh dengan nanah.

Dia juga melihat orang yang memukul-mukul badannya sendiri dengan rotan tanpa henti. Ada juga yang menusuk-nusuk tubuhnya sendiri, ada juga ustaz yang dicurah lahar panas.

Malahan Azlina juga melihat ayahnya yang sudah meninggal. Dia juga melihat banyak malaikat, juga seorang wanita yang mirip dirinya mendekati beliau lalu mengalungi Azlina dengan tasbih.

Azlina turut mengerjakan solat, lakukan perjalanan sepanjang 40 hari  dan dia sempat juga saksikan bentuk dan makam Nabi Muhammad SAW sedang memberi makan fakir miskin.

Lantaran pengalaman itu Azlina segera berhijrah secara total apabila beliau hidup kembali selepas 2 jam. Pengalamannya melihat bermacam kejadikan mengerikan di akhirat membuatkan dia sedar serta rajin solat.

riau 1

riau 2

Beras Tak Halalpun Ada?

AKHBAR The Borneo Post, Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember 2015 menyiarkan laporan berkenaan 23.6 tan metrik beras bernilai RM51,000 yang dirampas di kawasan perindustrian Demak Laut, Kuching, Sarawak akibat menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf.

Kilang pembungkusan beras terbabit telah diserbu dan siasatan mendapati mereka menggunakan bungkusan yang tertera perkataan atau logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) serta tiada pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Akibatnya, tujuh jenama beras telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak.
“Abang Amirul, kenapa ada beras yang tak halal? Bukan semua beras halal ke? Atau beras tu pun sudah bercampur DNA khinzir?” tanya Bernie Lee sinis.

“Sebenarnya, Jakim mengamalkan konsep halalan toyyiban yang membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang syarak selagi ia selamat dan tidak memudaratkan,” terang Amirul.

Dakwaan Ikan Keli Mengandungi 10,000 Sel Kanser Tidak Benar

SHAHALAM - Jabatan Perikanan Malaysia memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan ikan keli mengandungi 10,000 sel kanser adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia melalui laman sosialnya memaklumkan bahawa tiada sebarang kenyataan sedemikian dilaporkan menerusi laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selain itu, tiada sebarang rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Berhubung dakwaan yang mengatakan ikan keli diternak dipenuhi dengan steroid dan bahan kimia lain menggemukkan, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa tiada maklumat yang diperoleh (buat masa ini) mengenai kajian atau laporan spesifik berhubung  pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di negara ini.

Menurut kenyataan berkenaan, ikan keli adalah spesies ikan yang murah dan cepat membesar, maka tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran.

Katanya, ikan keli yang diberi makan minyak berlebihan boleh menyebabkannya berubah rasa dan bau.
Dalam pada itu, ikan keli bukannya merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik seperti ikan marin malah ia seperti kebanyakan ikan air tawar lain yang mempunyai lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3.
Difahamkan, tidak dinafikan pengambilan omega-6 yang tinggi mempunyai risiko seperti yang dinyatakan seperti di atas. Namun tiada kajian spesifik yang mengaitkan pengambilan ikan keli dengan penyakit yang disenaraikan
.
WARTAWAN SINAR HARIAN


31 MEI 2016

10 salah faham usul RUU Akta Mahkamah Syariah



WARTAWAN SINAR HARIAN
1 JUN 2016

PINDAAN Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) @ Akta 355 telah mengundang pelbagai persepsi sejak dibentangkan Khamis lalu.

Ikuti jawapan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung 10 salah faham tentang isu ini dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin bukan Islam khususnya MCA dan Gerakan Kelantan di Kota Bharu.

1. Apa keperluan dipinda Akta 355?

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.