Friday, 5 October 2012

Bengkel Pengemaskinian Draf Asas Modul Bantuan Kendiri


Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Draf Asas Modul Bantuan Kendiri pada 21 hingga 24 September 2012 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Rabau, Sabah.
Bengkel ini merupakan bengkel ketiga yang dilaksanakan bagi pembangunan Modul Bantuan Kendiriyang bertujuan melahirkan para pegawai Jakim yang produktif dan mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Bengkel ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).
Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Fariza binti Md. Sham dari Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), sebagai fasilitator yang membantu Jakim dalam pembangunan modul ini. Para peserta lain yang turut terlibat dalam menjayakan pembangunan modul ini adalah terdiri daripada para pegawai Jakim.

 
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancangkan iaitu melengkapkan dan mengemaskinikan Draf Asas Modul Bantuan Kendiri. Pihak Bahagian Pembangunan Insan, Jakim mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini.
 


Sebahagian fasilitator dan peserta yang menjayakan pembangunan modul

[BERGAMBAR] Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam, Bertudung!



Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.
Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'
“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.
Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.
Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.
Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim













[WASPADA] Taktik Penjenayah Untuk Mengkhayalkan Mangsa





Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa

Bajet: Tiada peruntukan tangani gejala sosial?




Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas membawa tema: “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat”. Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.

Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.

Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku.

Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan seramai 18,652 remaja berusia 10-19 tahun didapati hamil sepanjang 2011, di mana 30% hamil di luar nikah yang sah. (The Star, 22 September 2011)
  • Dalam tempoh lapan tahun (2000-2008) sebanyak 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Secara purata, kadar kelahiran anak tak sah taraf di negara ini:
o   2,500 kes sebulan
o   83.3 kes sehari
o   Satu kes setiap 15 minit

Kes pembuangan bayi yang begitu ketara:

  • Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004 hingga 2011. Dalam 2009 – 79 kes, meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011. (Sumber : PDRM)
  • Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004-2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah!
  • Daripada pemantauan media harian bercetak di Negara ini, dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Mei-September 2012), terdapat 30 liputan berita mengenai pembuangan bayi yang dilaporkan.
·
Pada 6 Julai yang lalu, negara ini digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.

Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagi jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gengsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabuk dan bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.

Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.

Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudarat dan kerosakan.

Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan:

  • Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda negara, dan tidak mengetepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut.
  • Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dalam membangunkan system sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.
  • Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.
  • Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningatan gejala sosial yang semakin meruncing.

Kami menuntut agar penegasan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua!

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

Rosmawati Zainal
Pengarah Raudhatus Sakinah

Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Pengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM)

Ustaz Roslan Mohamad Isa
Penyelia Baitul Islah PERKID Shah Alam

Hazlina Abdul Razak
Pengarah Darul Wardah

Pn Hjh Norlina Haji Alawi
Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi


Harakahdaily,
04 Okt 2012

Artis bertudung perdalami ilmu Islam melalui usrah fitrah






Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab. Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama. Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah. Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan. “Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.

“Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain,” katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini. Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.

Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.
Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka. “Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.

Sumber:

-mynewshu
http://greenboc.blogspot.com,05 Okt 2012

Thursday, 4 October 2012

Bintang terkenal Amerika, Janet Jackson telah memeluk Islam.


(Wissam dengan Janet Jackson yang bakal berkahwin)

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.

Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.

Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .

Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"

Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.

Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata

"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"

ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/penyanyi-amerika-janet-jackson-peluk.html#ixzz28INEebTr