Monday, 6 April 2015

NASA TEMUI YAKJUJ DAN MAKJUJ DI DALAM PERUT BUMI?


Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.
1
Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.
“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
2
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Thursday, 26 March 2015

Aliran Liberalisma Dan Pluralisma Agama Adalah Menyeleweng Daripada Aqidah Islam!


Kemunculan aliran liberalisma dan pluralisma agama di Malaysia dianggap ancaman baru kepada kesucian Islam. Ajaran yang wujud atas pelbagai nama ini mempromosikan beberapa aliran pemikiran antaranya beranggapan al Qur'an itu sebuah kitab tidak ilmiah, hukum hakam Islam adalah ciptaan Ulama, semua agama adalah sama sahaja dan pelbagai dawaan lainnya.  Justru kerana itu kedua-dua fahaman tersebut diistihar sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Dari segi sejarah aliran pemikiran ini muncul ada hubungkait dengan gerakan sekularisma. Sekularismalah yang akhirnya memunculkan aliran-aliran pemikira pelik ini. Sekularisma yang berasaskan gerakkan memisahkan gereja Kristian daripada sistem pemerintahan akhirnya cuba ditiru oleh sebahagian umat Islam  untuk memisahkan umat Islam daripada al Qur'an dan Allah SWT.

Gerakkan yang bersumberkan aliran pemikira Kristian dibarat cuba dipaksakan pemakaiannya di kalangan negara Umat Islam. Kelihatannya usaha ini berjaya. Di kawasan Nusantara, aliran pemikiran sesat ini telah berkembang pesat antaranya di Indonesia.Di Indionesia mereka bergerak secara terang-terangan bahkan berani mengelarkan kumpulan mereka sebagai 'Jaringan Islam Liberal'. Tokoh aliran Liberal ini secara terang-terangan mempromosi aliran pemikiran mereka samaada melalui siaran TV, ceramah-ceramah, penulisan, perdebatan dan pelbagai lagi.

Di Malaysia, aliran pemikiran ini juga sudah mula berkembang. Walaupun ia tidak sehebat di Indonesia tapi keberanian kumpulan seperti ini untuk menampilkan diri kelihatan semakin jelas. Untuk disebut sebagai contoh, Kumpulan Sister In Islam (SIS) adalah antara kumpulan yang boleh dianggap membawa aliran liberal di Malaysia. SIS yang sering mempromosikan pemikiran songsang dan sesat daripada Islam akhirnya telah diistiharkan sebagai kumpulan ajaran sesat oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor.

Kebelakangan ini,gerakkan liberalisma dan pluralisma agama  cuba melebarkan pengaruhnya melalui aktiviti gerakkan Sivil. Mereka menonjolkan diri melalui apa yang dipanggil antaranya Gerakan Mempromosi Demokrasi, Gerakkan Sivil, Gerakkan Hak Asasi dan Gerakkan Menuntut Keadilan.Mereka telah menggunakan tema-tema ini untuk mempengaruhi masyarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Atas nama menuntut demokrasi, keadilan dan hak asasi mereka melakukan serangan terhadap  dasar-dasar Islam kerajaan. Begitu juga mereka mensasarkan serangan terhadap agensi-agensi dan institusi Islam seperti institusi Ulama dan Mufti. Ulama dan Mufti digambarkan sebagai kelompok yang degil, berfikiran sempit, jumud dan pelbagai tuduhan lagi. Bukan setakat itu sahaja mereka juga secara berterusan menyerang segala peraturan yang berkaitan Syariah dan sebaliknya membela golongan seperti LGBT, penganut ajaran sesat dan lainnya.

Amat membimbangkan  apabila gerakan liberalisma dan pluralisma agama yang dianggotai oleh Umat Islam ini sanggup bersekongkol dengan gerakan anti Islam untuk menyerang Islam dan umat Islam. Kemuncaknya, pernah terjadi isu khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM dituduh sebagai mempromosi extrimisma agama yang akhirnya ia mengundang kemarahan umat Islam. Terbaru mereka secara bersama memperolok dan menghina Enakmen Jenayah Syariah Hudud yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan.

Usaha oleh agensi-agensi  Islam yang diketuai oleh JAKIM untuk membendung perkembangan liberalisma dan pluralisma agama adalah usaha yang patut dipuji.Beberapa tindakan agensi Islam seperti pengeluaran fatwa, tindakan menyekat kemasukan penceramah luar yang berfikiran liberal, penyebaran risalah dan buku yang mempromosi aliran liberal ini sedikit sebanyak dapat membendung pemikiran sesat ini daripada berkembang.Walaubagaimanapun usaha ini sewajarnya juga dilakukan oleh seluruh Umat Islam. Ini penting untyuk memastikan agar aqidah uamt Islam di Malaysia selamat dan terpelihara.



Tolak Dan Menghina Undang-Undang Syariah Hudud Jejas Akidah!


Sejak pembentangan Kanun Jenayah Syariah Hudud oleh Kerajaan Kelantan baru-baru ini umat Islam dan masyarakt Malaysia telah memberi pelbagai respon. Ada yang positif dan menyokongnya dan ramai juga yang menolak dan menentangnya. Yang paling menyedihkan usaha penentangan Hudud ini antaranya dilakukan oleh Umat Islam sendiri. Ada yang sanggup membuat rakaman video dengan lakonan memperolokannya dan juga ada yang melakukan pelbagai bentuk penghinaan dan cacian melalui kata-kata dan penulisan terhadap undang-undang tersebut.

Perundangan Syariah Hudud adalah Undang-Undang daripada Allah SWT. Perintah pelaksanaan bahkan beberapa jenis hukuman yang terkandung dalam undang-undang Hudud ada dinyatakan dalam al Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW secara nyata. Sebagai contoh, di dalam al Qur'an disebutkan secara jelas hukuman orang melakukan jenayah curi iaitu dipotong tangannya. Begitu juga ada disebutkan hukuman terhadap pelaku zina iaitu dikenakan hukuman sebat. Sebenarnya wujud beberapa lagi hukuman yang dikaitkan dengan hukum Hudud seperti jenayah Murtad dan lainnya.

Perintah di dalam al Qur'an sama ada ia adalah perintah wajib buat atau wajib tinggal ia menuntut agar Umat Islam untuk mematuhinya. Kalau hendak disebutkan contoh disini perintah kefardhuan solat dan menutup aurat bagi seorang Muslim.Islam mewajibkan umat Islam mematuhi perintah tersebut kerana ia diperintahkan dalam al Qur'an. Mengingkari perintah tersebut dengan tidak melakukakannya adalah berdosa. Manakala menafikan wujudnya hukum tersebut atau memperolok-olokkan akan perintah tersebut adalah rosak aqidah.

Begitu juga undang-undang berkaitan Hudud.Ia wajib dilaksanakan. Ia menjadi tanggungjawab pemerintah yang diberi amanah pemerintahan oleh Allah SWT dan bukannya individu..Maka dianggap berdosa kalau mana-mana pemerintah Muslim yang diberi amanah pemerintahan tapi tidak mahu melaksanakan hukum hakam Syariah tersebut. Lalu dianggap rosak akidah seoarng pemimpin yang memperolok, mencerca dan menghina dan menafikan kewajiban terhadap perlaksanaan perundangan tersebut.  Begitu juga adalah rosak aqidah bagi individu yang memperlekeh dan memperolok undang-undang Hudud apabila ia cuba dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang mahu melaksanakannya.

Justru, sebaiknya Umat Islam yang jahil tentang undang-undang Hudud ini hendaklah mendiamkan diri. Perkara ini hendaklah diserahkan kepada pihak yang pakar dan pihak yang berautoriti untuk menangani.Bersikap keras menolak hukum Hudud serta mencerca, menghina hukuman yang diperintah dalam al Qur'an tidakkah bermakna menolak, mencerca dan menghina al Qur'an. Tidakkah ini sama dengan menghina Allah yang menurunkan Al Qur'an? Sayangilah Aqidah kita. Hidup di dunia ini teramat singkat masaNya.Jagalah Aqidah!!



Wednesday, 11 March 2015

Merubah Masyarakat Dengan Dakwah

Rasulullah SAW dibangkit kealam ini adalah untuk mengajak manusia supaya menyembah Allah SWT. Seterusnya Baginda memperbaiki akhlak manusia jahiliah pada masa itu. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dinamakan dakwah. Usaha dakwah yang dilakukan oleh Baginda Rasul dan Sahabat memakan masa selama 23 tahun.Hasilnya cukup berjaya.Ramai yang memeluk Islam. Hidup masyarakat dapat dibaiki. Mereka yang menyembah berhala lalu memeluk Islam dan menyembah Allah. Mereka yang sebelumnya terlibat dengan segala bentuk Munkarat yang pelbagai bentuknya terus berhenti dan menjadi Insan-insan yang soleh dan taat pada Allah SWT.

Dakwah sememangnya mempunyai satu kekuatan yang ajaib. Kesan dakwah adalah satu yang menakjubkan. Ini terbukti dengan kejayaan Rasulullah SAW dan juga kejayaan pendakwah Islam dimana-mana zaman dan dimana-mana belahan bumi. Melalui dakwah pembinaan Insan sehingga terbinanya sebuah tamadun dapat dilakukan. Begitu juga sebaliknya tanpa dakwah individu, keluarga, ummah dan tamadun boleh runtuh.

Justru itu, setiap individu Muslim hendaklah berusaha melakukan dakwah.Selain ia dilakukan kerana memenuhi  tuntutan agama tapi juga perlu difahami ia adalah sumber untuk mempertahan kekuatan Ummah dan Negara.Hilangnya dakwah pastinya ia juga akan memberi kesan pada agama dan juga kehancuran Ummah dan negara.

Namun apa yang penting difahami disini ialah lakukan dakwah berdasarkan keupayan dan bidang kuasa yang ada pada diri masing-masing.Kerajaan melakukan dakwah sebagai kapisiti sebuah kerajaan. Ketua dan pemimpin juga melakukan atas sifat sebagai dia seorang ketua yang ada bidangkuasa kepimpinannya. Begitu juga individu juga perlu melakukan dakwah dalam kapisiti dan keupayaannya.

Kalau ini dapat dilakukan sudah tentu segala bentuk kemungkaran dapat dihapuskan. Begitu juga segala bentuk pembaikan dan pembanggunan juga dapat dilakukan. Maka tidak timbul sikap untuk menudung jari kepada pihak lain terhadap satu kemungkaran atau kejahatan yang berlaku dikeliling kita.In Syaa Allah apa yang kita lakukan hasilnya juga kita akan tuai diakhirat dalam bentuk ganjaran pahala.Syurga adalah balasannya.

Berdakwah Mesti Ikut Adabnya

Ramai mengaku sebagai pendakwah. Begitu juga ramai yang terlibat dalam aktiviti dakwah.Sesiapapun yang terlibat dengan dakwah haruslah dipuji. Ini kerana mereka memenuhi satu tuntutan agama. Berdasarkan maksud Hadis Rasulullah SAW "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat". Hadis tersebut secara jelas menunjukan tuntutan berdakwah hendaklah dilakukan oleh semua individu Muslim.

Namun demikian berdakwah bukanlah satu yang boleh dilakukan secara sembrono. Dakwah yang tujuannya untuk menyibarkan Islam sekiranya dilakukan secara sembrono ia tidak akan membuahkan hasil.Lebih menakutkan ia memberi imje buruk kepada agama Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar Islam itu indah sewajibnya Islam itu hendaklah dipersembahkan juga secara yang indah dan cantik.

Pendakwah seharusnya mempelajari ilmu dakwah. Termasuk antaranya ialah persoalan strategi dakwah, komunikasi dakwah dan beberapa ilmu lain yang berkaitan. Aspek penting dalam isu dakwah ini ialah pendakwah sendiri hendaklah mempersiapkan dirinya agar memenuhi ciri sebagai seorang pendakwah yang baik.

Pendakwah yang baik paling tidak mereka ialah orang yang mempunyai personaliti yang baik.Bercakap benar.Benar pada percakapan dan tingkahlaku. Ia tidak bersifat Munafik.Cakap lain dan buat lain. Pendakwah adalah "Uswah Hasanah" pada masyarakat. Disini masyarakat akan mengikuti mereka.

Kelahiran ikon-ikon muda terlibat dakwah pada masa kini adalah satu yang mesti dipuji.Tidak kira darimana mereka datang samaada melalui rancang realiti TV, atau bagaimana pastinya kehadiran mereka perlu diberi sokongan.

Walaubagaimanapun, beberapa peringatan juga wajar diberikan kepada para pendakwah selibriti ini. Disebalik kepopularan mereka segelintir daripada mereka ada yang terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Ada dikalangan mereka suka melakukan provokasi sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat. 

Sebagai contoh disini ada segelintir pendakwah ada yang begitu ghairah menimbulkan hukum hakam yang bersifat Khilifiah di dalam masyarakat.Ada yang suka menuduh pihak itu dan ini sebagai pengamal Bid'ah , Syirik dan sesat tanpa bukti-bukti yang sahih.Kesannya telah timbul perpecahan dalam masyarakat. Timbul bermasam muka diantara ahli kariah. Ada yang pulau memulau antara satu sama lain. Semua ini bukanlah tujuan dakwah dilakukan.Dakwah seperti itu adalah dakwah yang gagal.Bahkan mereka adalah golongan yang dihumban kedalam neraka walaupun melakukan kerja dakwah.


Monday, 9 March 2015

Seorang yahudi ekstrim akhirnya menyembah Allah


Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai ibukotanya. "Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran "ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011.

Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dan menegakkan Dinullah dimuka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.

Tempat tinggal Mahdi sekarang tepat di kota Hebron tepi barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu. Lelaki asal Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ektrim. Ia hijrah ke Israel pada awal 90an.

Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaanitu Mahdi memutuskan untuk pindah ke pemukiman Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis.

Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai Kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandanganya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah. Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapat sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun darahnya Yahudi.