Monday, 27 November 2017

8 Amalan Mengurus Stress Mengikut Islam

Dalam kehidupan hari ini, terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada tekanan dan stress. Ini kerana corak kehidupan hari ini yang terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti
beban kerja dan tanggungjawab, masalah kewangan, masalah rumahtangga, kesihatan dan pelbagai lagi.
Dalam menyelesaikan tekanan dan stress ini, Islam ada beberapa penyelesaiannya, iaitu:

#1- Zikrullah

Zikrullah adalah dengan sentiasa mengingat Allah, sesuai dengan firmanNya dalam al-Quran;
“Dengan mengingat Allah, hati akan tenang.”
Al-Raad:28Oleh itu, ucaplah ‘Lailaha ilallah’ sebanyak-banyaknya, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang. Berzikir bukan sahaja dilakukan dengan cara lisan tetapi untuk setiap perkara yang kita lakukan, iaitu dengan menyebut nama ‘Allah’ di setiap helaan nafas kita.

Wednesday, 22 November 2017

20 AMALAN RINGAN BERPAHALA BESAR



 Amalan Ringkas Pahalanya Besar


1.Mendoakan orang lain mendapatkan pahala sebanyak orang   yang di doakan.

Melakukan amalan tanpa melakukannya dengan susah payah tapi mendapatkan pahala besar adalah hal yang sangat mustahil.Mendapatkan pahala besar tanpa mengeluarkan biaya,keringat dan tenaga.Salah satu amalan yang dapat dilaksanakan adalah mendoakan orang lain.

“Barang siapa yang mendoakan mu’min laki-laki atu pun perempuan   niscaya alloh akan member pahala kebaikan dari setiap mu’min laki-laki dan perempuan  yang didoakannya.”HR.al-Thabrani dan di anggap hasan oleh Albani.”

Maka perbanyaklah mendoakan orang lain dalam kebaikan dan ketaqwaan.Dan janganlah kalian mendoakan mereka dalam keburukan ,suatu hal yang tak mungkin terjadi, memutus silaturahmi, dan  mendoakan orang kafir agar di ampuni,tetapi boleh lah kalian berdoa agar ia di beri hidayah untuk masuk ke dalam islam.Salah satu doa yang mungkin biasa dipraktekan:


            “Ya alloh, ampunilah dosa orang-orang muslim baik laki-laki maupun wanita, baik  yang masih hidup,atau yang telah meninggal dunia.dengan rahmat Mu  Ya Alloh yang maha pengasih dan maha penyayang.”


Thursday, 16 November 2017

Amalan 1 Minit Tapi Besar Ganjarannya.Mari Kita Amalkan


Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga-Hadis Riwayat Ahmad . 
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga! 

9 Kelebihan Zikir Yang Anda Perlu Tahu


Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan.

#1 – Menghalau Syaitan

Syaitan benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah. Kerana itulah ia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan Allah.

Monday, 2 October 2017

Akademik Nyamuk Sokong Liberalis Turki?


Kuala Lumpur: Pendirian yang dikongsikan oleh Persatuan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) atau Malaysian Academic Movement untuk mengutuk penahanan Mustafa Akyol yang berceramah tanpa tauliah oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bukanlah mewakili pandangan keseluruhan warga akademik. 

Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan tersebut kerana ia memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli akademik di Malaysia membela Mustafa Akyol sedangkan mereka sendiri tidak sedar pun akan kewujudan persatuan in “Ahli-ahli akademik di Malaysia sebenarnya bernaung di bawah Kongres Persatuan Akademik Malaysia atau Malaysian Academic Association Congress (MAAC) yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Tun Hussein Onn.” 

JAINJ tahan 21 pengikut syiah termasuk tiga warga Singapura


Post Pic
 
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 individu termasuk tiga warga Singapura dipercayai pengikut ajaran Syiah dalam satu serbuan di sebuah rumah dikenali sebagai Hauzah Syiah di Ulu Tiram, dekat sini, malam tadi.
 
Pengarah JAINJ Amran A Rahman berkata, kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun.
 
Serbuan itu dilakukan ketika mereka ketika sedang menghadiri satu majlis berkaitan fahaman itu.