Wednesday, 11 January 2017

Keistimewaan Za'faran Yang Perlu Kira Tahu



Kitab  suci  Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan didalam surah Al-Israk  ayat 82 yang bermaksud "...dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman...".

Tuesday, 10 January 2017

Mukjizat Ilmiah dari Kisah Al Kahfi



Mukjizat Al-Qur'an - Peristiwa tidur panjang yang pernah dialami oleh Ashabul Kahfi merupakan mukjizat sekaligus fenomena saintifik yang sangat menakjubkan. Bagi sebahagian orang, mungkin merasa sukar untuk mempercayai dan menganggap peristiwa yang melegenda ini hanya mengada-ada atau sekadar cerita rekaan belaka. Padahal, Al-Quran tidak memerlukan justifikasi kerana merupakan kitab suci yang penuh hikmah dan tidak ada keraguan di dalamnya.

img_20161219_110944Di awal ayat Al-Qur'an, dengan tegas Allah swt menegaskan:

"Alif laam miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (QS. Al-Baqarah 2: 1-2)

Kisah Ashabul Kahfi sendiri telah diterangkan dengan begitu jelas dalam Al-Quran Surat Al-Kahfi. Tujuan Allah menurunkan Surah Al-Kahfi adalah untuk menjawab cabaran kaum kafir terhadap Nabi Muhammad Saw. tentang 'manusia gua' yang hidup selama beratus-ratus tahun sebelum Nabi dilahirkan dan menjadi legenda bagi kaum Yunani dan Yahudi.

Friday, 6 January 2017

Melihat menara azan di timbunan lautan salji


Eramuslim.com | .


Foto dokumentasi sebuah menara azan yang tertutup timbunan salji putih di bandar Agri, Turki, berhampiran dengan sempadan Armenia menjadi viral di dunia maya kerana menampakan keindahaan yang jarang ditemui di belahan dunia lain.

Ya, menara azan ini adalah milik masjid di desa Bash Shawish yang kini sebahagian besar wilayahnya telah tergenang air kerana dijadikan sebuah empangan besar di wilayah Agri.

Pada musim panas kita akan melihat menara ini berada di tengah-tengah air tasik, sedangkan pada musim sejuk tasik akan beku dan kita akan melihat hamparan salji meliputi sekitar menara.

Thursday, 5 January 2017

Kisah Pakar Matematik Cabar Al-Quran



Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.
Kisah Pakar Matematik Cabar Al-Quran
Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bibel: “Islam Agama Akhir Zaman”


ISLAM adalah agama akhir zaman, Islam adalah agama yang sempurna untuk menyempurnakan ajaran agama sebelumnya, Islam adalah agama bagi seluruh umat manusia, Islam merupakan agama damai, rasional, relevan disetiap zaman dan merupakan satu-satunya agama yang sesuai fitrah manusia.

Kita sebagai seorang muslim tentu tidak meragukan hal ini. Banyak nash-nash Al-Quran yang menegaskan bahawa Islam adalah ajaran yang berlaku hingga datangnya hari akhir kelak. Bahawa Rasulullah Muhammad saw adalah nabi terakhir yang tidak akan ada lagi nabi yang akan turun selepas nya.

Wednesday, 4 January 2017

Turki gagalkan 339 serangan pengganas sepanjang 2016


HARAKAHDAILY | .

Pasukan Keselamatan Turki mencegah sebanyak 339 insiden keganasan besar sepanjang 2016, Menteri Dalam Negeri Turki mengumumkan semalam, lapor Anadolu Agency.

"313 insiden dirancang oleh PKK, 22 oleh ISIS, 4 kumpulan kiri radikal," kata Suleyman Soylu pada sesi di Parlimen Turki membincangkan keselamatan dalam negeri.

"247 bahan letupan improvisasi, 61 kenderaan bom disita dan 23 suspek pengebom bunuh diri ditangkap bersama dengan 42 anggota kumpulan pengganas yang mempersiapkan sebuah serangan. Dalam tiga bulan terakhir saja, 80 insiden signifikan berjaya dicegah."