Friday, 8 April 2016

14 Fakta Menarik Berkaitan Saidina Umar al Khatab


UMAR bin Khattab adalah salah satu sahabat Rasulullah yang sudah dijamin masuk syurga. Hal itu ditegaskan dalam banyak keterangan hadis sahih. Ada beberapa yang menjadi fakta soal Umar ini. Berikut di antaranya.

1. Umar adalah penduduk Syurga yang berjalan di muka bumi. Hal ini dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau bersabda:
"Sewaktu tidur, aku bermimpi seolah-olah aku berada di Syurga. Kemudian aku melihat seorang wanita berwudhu di samping sebuah istana, maka aku bertanya, 'Milik siapa istana ini?' Mereka menjawab, 'Milik Umar'. Maka aku teringat akan iri hati Umar sehingga aku menjauhi istana itu ". Umar menangis dan berkata, "Demi Allah mana mungkin aku akan cemburu kepadamu, wahai Rasulullah," (HR. Bukhari).

2. Setan takut padanya. Ia adalah manusia yang begitu ditakuti syaitan. "Wahai Ibnul Khattab, demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah setan bertemu dengannmu di suatu jalan melainkan ia akan mengambil jalan yang lain dari jalanmu," (HR. Bukhari, no.3480).

3. Masuk Islam didoakan oleh Rasul. Suatu hari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Ya Allah, muliakan Islam dengan salah satu dari dua orang yang engkau cintai yaitu Abu jahal bin Hisyam atau Umar bin Khattabb." Maka yang lebih Allah cintai dari kedua-duanya adalah Umar bin Khattab. (Lihat Shahih Sunan Ibnu Hibban 12/305)

4. Diberikan ilham, padahal bukan nabi. Umar juga termasuk seorang yang mendapat ilham, perkataannya sering bersesuaian dengan wahyu. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam berkata, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari Bani Israil ada yang diberikan ilham walaupun mereka bukan Nabi, jika salah seorang dari umatku mendapatkannya, maka Umar lah orangnya," "(HR. Bukhari)

5. Beliau masuk Islam setelah adiknya iaitu Fatimah binti Khatab dan suaminya membaca al-Quran Surah Toha ayat 1-8

6 .. Beliau adalah Khalifah ke-2 selepas Abu Bakar ra wafat selama 10 tahun iaitu pada 13-23 Hijrah (634-644 Masehi)


Tuesday, 22 March 2016

Islam liberal mengikut telunjuk Syaitan




MENITI cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada masa kini, sangat menggentarkan jiwa. Satu demi satu, usaha untuk mengganggu-gugat dan menjatuhkan martabat Islam giat dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Tidak ketinggalan, musuh dalam diam yang merupakan salah satu cabaran terbesar umat Islam masa kini ialah fahaman liberalisme atau Islam liberal.
Apa itu liberalisme? Fenomena liberalisme atau Islam Liberal ini menurut Jurnal Hadhari  5(1) (2013)37-53 adalah satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan  dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di  dalam al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam  Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran  Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi  fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.
Kelompok yang mengamalkan pemikiran ini dikategorikan sebagai perosak agama dan  musuh Islam kerana mereka menggunakan label Islam liberal untuk memperjuangkan hak  kebebasan dan hak asasi manusia.
Dalam tidak sedar, umat Islam masa kini secara perlahan-perlahan sudah diresapi pemikiran ini yang disifatkan cendekiawan, sebagai salah satu agenda doktrin Yahudi- Kristian untuk memesongkan akidah Muslim sekali gus menghancurkan Islam.
Sememangnya itulah misi utama mereka sehingga kiamat.
Kelompok ini memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama.
Selain itu, gagasan pemikiran Islam Liberal juga menolak pelaksanaan Syariah Islam dengan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi  kesan negatif kerana pelaksanaannya dianggap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi  manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.
Mereka, seperti beberapa kumpulan Melayu yang mengaku diri mereka profesional, berasakan hukuman Islam secara zahirnya kelihatan kejam, sedangkan sebagai seorang  Muslim, haram hukumnya mempunyai perasaan seperti itu.
Dengan itu, aliran Islam Liberal ini tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang  sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, hukum hudud dan hukuman bunuh  ke atas Muslim yang murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak mutlak suami untuk  menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia  (Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adan Fadhil 2009).
Sayangnya di Malaysia, kelompok liberal ini membabitkan kalangan intelektual Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia. Apabila golongan berintelektual juga terpengaruh dengan fahaman seperti ini, apatah lagi orang yang kurang berpendidikan.

Taqrib Mazahib Antara Syiah dan Sunni Adalah Sia-Sia.



Perbalahan Mazhab antara Sunni dan Syiah telah berjalan begitu lama. Usaha untuk mendekatkan dua Mazhab ini melalui "Taqrib Mazahib"  telah lama dijalankan. Sebenarnya usaha ini adalah sia-sia sahaja.Ini kerana aqidah Syiah adalah sesat. 

Contoh seorang tokoh ulama’ sunni di Soviet Union( Rusia sebelum 80an) iaitu Syeikh Musa Jarullah yang merasa kepentingan kesatuan umat Islam amat penting. Terutama beliau tinggal di negara umat Islam merupakan golongan minoriti tentulah kesatuan umat amat penting untuk menjaga survival mereka.

Beliau mengambil inisiatif untuk pergi ke Iran dan tinggal di sana selama 6 bulan. Beliau berjumpa dengan semua pihak syiah. Antaranya berjumpa Ayatollah- Ayatollah, pergi ke hauzah hauzah di Qom dan di Najaf dan berjumpa tokoh tokoh kepimpinan mereka 
Akhirnya beliau buat kesimpulan boleh taqrib antara syiah dengan sunni dengan syarat mereka berhenti dari;
1.Berhenti mengkafirkan para sahabat-sahabat r.a.
2 Berhenti mengatakan al Quran tidak sempurna.
3.Berhenti dari mengkafir ummu mukminin Aisyah.
4.Berhenti mengatakan Imamah hak Ali dan 11 orang dari keturunannya berdasarkan wasiat dan nas.

Sehingga ke hari ini puak syiah tidak menjawab permintaan tersebut.

Syeikh Mustafa As Sibaie juga mengambil inisiatif yang sama. Beliau juga pergi menziarahi Ayatollah di Qom dan Najaf.Mereka bersetuju tidak mengkafirkan para sahabat r.a. 

Selepas beliau balik beberapa bulan ke negara, ulama syiah telah menulis buku mengkafirkan Abu Hurairah r.a.

Terkini Syeikh Yusoff al Qardawi berkata tujuan taqrib yang dianjurkan oleh syiah, adalah untuk mensyiahkan orang-orang sunni. 

Bukan nak cari penyelesaian antara syiah dengan sunni.

Syiah sekali-kali tidak bertolak ansur dengan 4 permintaan Syeikh Musa Jarullah kerana itu merupakan teras aqidah mereka.

Syiah Imam 12 adalah ajaran yang diasaskan oleh Abdullah Saba”. Bertopengkan ahli bait iaitu ahli keluarga Rasulullah dari keturunan Ali r.a, secara khusus dari zuriat syaidina Husein saja. Tujuannya untuk merosakkan Islam dan umat Islam dari dalam.

Sedangkan Ali r.a dan keturunannya tidak ada kena mengena dengan ajaran syiah imam 12.

sumber https://ustmuhammad.wordpress.com

DAP anti Islam Semakin Viral ?

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral. Ini terbukti  APABILA parti rasis dan cauvinis DAP sering menentang hal yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Antara bukti-bukti tersebut ialah; 

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup. 

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama. BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu. 

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan. 

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta. 

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan. 

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik. DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

http://www.ismaweb.net/2015/09/

Wednesday, 16 March 2016

Populasi Bangsa Cina Menyusut Bawah 20% Pada 2030?

  


Jumlah pekerja asing di negara ini mungkin mengatasi penduduk berbangsa Cina 14 tahun lagi iaitu pada 2030 apabila peratusan kaum itu menyusut ke paras di bawah 20 peratus.

Sinchew Daily melaporkan peratusan penduduk keturunan Cina di Malaysia akan menyusut ke 19.6 peratus pada 2030 dan dianggarkan menurun lagi ke 18.9 peratus pada 2035.

Dengan anggaran pekerja asing berdokumen dan tanpa izin yang mencecah enam juta orang dan rancangan untuk membawa masuk tambahan 1.5 juta pekerja baharu, keadaan itu menggugat kedudukan kaum Cina sebagai 'kaum kedua terbesar' Malaysia.

Terdapat lebih enam juta penduduk keturunan Cina di Malaysia pada ketika ini berbanding dua juta kaum India.

Ketua Perangkawan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, walaupun populasi kaum Cina dijangka meningkat kepada 7.1 juta orang pada 2040, tetapi peratusannya berbanding kaum lain dijangka menurun kepada 18.4 peratus pada 2040 berbanding 21.4 peratus pada 2015.

"Populasi bumiputera sebaliknya akan meningkat daripada 19.2 juta orang kepada 26 juta orang.

"Dari segi peratusan berbanding kaum lain, bumiputera dijangka meningkat daripada 61.8 peratus kepada 67.5 peratus," katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Majlis Halal Malaysia Ditubuhkan



Putrajaya, 11 Februari – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan berkuat kuasa hari ini dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MHM bakal menjadi entiti khas yang menyelaras semua agensi yang terbabit dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM), penubuhan MHM akan dibuat menerusi pembentangan akta khusus di Parlimen yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). YAB TPM turut menjelaskan  tentang bidang tugas agensi berkaitan di mana Jakim menerusi Bahagian Hab Halal akan berperanan dalam tadbir urus halal, pensijilan dan hal ehwal syariah manakala HDC (Perbadanan Pembangunan Industri Halal) akan menumpukan kepada dua perkara iaitu memperkasakan industri halal negara dan memperkembangkan industri halal  ke peringkat antarabangsa.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,  YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dari beberapa kementerian serta agensi-agensi yang terbabit dalam industri halal.

Majlis ini juga akan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:-

i.           Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan bagi pengurusan halal Malaysia; 
ii.          Mengawal selia agenda pembangunan industri halal negara; dan
iii.        Menentukan Dasar Halal Negara berada pada landasan yang betul sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.








Tarikh: 
 Feb 12, 2016

·         1103 bacaan