Sunday, 7 July 2013

Akhir Zaman: Laut pada masa depan apabila lautan dijadikan meluap


Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.

Maklumat tentang gunung berapi yang tumbuh dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati letusan gunung berapi yang sangat besar di dasar laut akibat celah panjang yang berada pada kedalaman 2500 meter di bawah permukaan laut. Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair lava berkumpul dan kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di permukkan laut dan akan memanaskan air secara drastik.

Para saintis mengenal pasti letupan tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu tertentu, bahkan bagi siapa yang memantau gunung berapi ini beserta letusan gunungnya terasa seperti terbakar di depan laut yang tidak akan padam.

Terdapat beberapa retakan yang memyelubungi dasar lautan dan di dalam laut terdapat celah-celah kerak bumi dan dimana cairan magma memancut keluar dari perut bumi. Jelas keadaan laut pada ketika itu seperti dibakar oleh kepanasan lava tersebut. Seperti telah disebutkan dalam Al-Quran, sewaktu Allah swt berfirman dengan Laut-Nya yang terbakar (menyala), Firman-Nya:

"Demi laut yang penuh gelombang," [QS. At-Tuur: 6].

Jika benar Al-Quran adalah produk budaya manusia di Zaman munculnya, sejaka empat belas Abad lalu Ummat manusia hanya menyakini berbagai legenda, mitos-mitos yang jauh dari fakta ketika berbica tentang misteri Laut, tetapai kitab suci Al-Quran dengan segala bukti Ilmiah sama sekali bersih dengan hal-hal demikian, tidak lain kerana Al-Quran diturunkan oleh Sang Maha Mengetahui.

Jika seseorang bertanya tentang misteri kewujudan retak tersebut, mengapa Allah swt menciptakan bumi dengan begitu banyak retakan? Jawabanya jika seandainya bumi ini hanya sebuah planet tanpa retakan maka reaksi panas Bumi akan tertahan di bawah sehingga akan mencetuskan Letupan besar yang menghacurkan keseluruhan planet ini.

Maka dari itu mungkin boleh dikatakan bahawa keretakan itu adalah celah pernafasan bagi Bumi kita, darinya keluar beban, suhu panas dan tekanan jika berlebihan. Atau ibarat injap keselamatan yang menjaga kestabilan dan keseimbangan bumi.

Sesungguhnya fakta tentang lautan yang diluahkan atau البحر المسجور sudah diyakini kepastiannya dan kita sekarang boleh melihat lava di dasar laut yang terpancar dan memanaskan air Laut. Hakikat ilmiah ini tidaklah diketahui hingga berlalunya bepuluh-puluh Abad setelah diturunkannya Al-Quran. Bagaimana boleh pengetahuan tersebut ada dalam Quran dan siapakah yang membawanya pada waktu itu?

Sesungguhnya Allah swt yang Maha mengetahui segala yang tersembunyi dan yang memberitahu kita tentang nyala Api dalam Lautan dan menjelaskan tentang laut di masa depan ketika api semakin menyala:

"Dan apabila lautan dijadikan meluap," (QS. At-Takwir: 6).

Kemudian hari di mana Lautan meletup:

"Dan apabila lautan dijadikan meletup," (QS. Al-Infihaar: 3).

Di sini kita mencari sebuah kaedah baru Al-Quran dalam membuktikan fakta-fakta ilmiah di masa depan, sama seperti laut yang kita lihat pada masa ini yang mana mencetuskan hanya beberapa peratus. Pada masa akan datang dimana perut bumi mengeluarkan semua beban-bebannya dan kemudian meletup, inilah bukti ilmiah tentang kebenaran hari kiamat.

"Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya," (QS. Al-Zilzal: 2).
laut 1
Gambar yang membuktikan kekuasaan Allah swt Sang Maha Penciptaan: bagaimana mungkin keduanya bercampur tanpa air memadamkan api dan api menguap air, namun dua unsur tersebut tetap seimbang, Maha Besar Allah!
Tompokan sisa-sisa lava di permukaan yang membentuk pulau-pulau Volkanik.

Para saintis berpendapat bahawa terdapat beberapa retakan dibahagian dasar laut yang dipenuhi dengan batuan magma yang sangat panas, maka dari itu Allah swt berfirman bahawa Siksaan Api Neraka-Nya benar-benar nyata:

"Dan laut yang di dalamnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi ......" (QS. At-Thuur :6-7).

Diterjemahkan oleh Detik islam dari sumber islampos.

Keajaiban Al-Quran: Air hujan itu tawar dan boleh diminum



"Maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami hendaki, nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? "(QS Al Waaqiah 56:68-70)

"... Dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar?" (QS Al Mursalat, 77:27)

"Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu (QS An-Nahl, 16:10)

Seperti telah kita ketahui, air hujan berasal dari penyejatan air dan 97% merupakan penyejatan air laut yang masin. Namun, air hujan adalah tawar. Air Hujan bersifat tawar kerana adanya proses fizik yang telah ditetapkan Allah. Berdasarkan sunnatullah ini, daripada manapun asal aor itu, penyejatan air ini berlaku baik dari air laut yang masin, atau dari tasik yang mengandungi banyak mineral, atau dari dalam lumpur, airnya yang menguap tidak akan mengandungi bahan lain.

Air hujan akan jatuh ke tanah dalam keadaan murni dan bersih, sesuai dengan ketentuan Allah: ".... Kami turunkan dari langit air yang amat bersih." (QS Al Furqan 25:48).

Maha suci Allah dengan segala kalamNya

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Kehebatan antara superkomputer terpantas di dunia dengan kepala nyamuk


Pada 22 Februari 2008 yang lalu, Jerman berjaya membina komputer terpantas untuk aplikasi awam di dunia. Komputer terpantas saiz gergasi ini, pertama kali dipaparkan di bandar Jülich, Jerman. Komputer ini akan digunakan untuk menyokong penyelidikan ilmiah di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain untuk dikembangkan dalam pelbagai bidang seperti bidang astronomi, tenaga, industri farmasi dan bidang lain.

Komputer ini akan menjadi yang terpantas di antara 500 komputer untuk tujuan awam di dunia. Sebelum komputer ini dibina terdapat sebuah lagi  komputer pantas yang digunakan untuk aplikasi tentera di pusat tenaga nuklear Amerika di bahagian California.

Komputer "Eugenh", superkomputer bukan komputer peribadi yang didalamnya dipasang 65 ribu pemprosesan yang dipasang dalam enam belas tempat dan setiap kotak mempunyai saiz yang sama seperti cip elektronik yang diperlukan untuk telefon biasa. Pelawat perlu memakai peranti anti bunyi di telinga sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dalam hal ini, Dr Neubert  Atej ketua jabatan aplikasi berkata enam belas kotak mengandungi pemprosesan memerlukan elektrik dengan kapasiti 30 Kw.

Semasa bekerja, komputer ini memerlukan suhu persekitaran 16 darjah. Kelajuan komputer hampir menyamai kelajuan 20 ribu PC biasa yang dihidupak bersama, iakni boleh melakukan pengiraan sebanyak 223 bilion hanya dalam satu saat dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sebelumnya oleh Atej. Kira-kira 200 pasukan penyelidik dari Jerman dan Eropah bergantung pada sokongan komputer ini dalam melakukan pengiraan yang relevan untuk kajian mereka. Dalam hal ini, ada jawatankuasa yang menentukan projek mana saja yang akan diberikan keutamaan untuk memanfaatkan sokongan dari super komputer.

Hal ini berlaku kerana simulasi biasanya dilakukan dengan format chart pelbagai bentuk, seperti grafik yang telah menjadi tiang utama dari ilmu setelah teori dan aplikasi. Begitu juga membangunkan ubat baru memerlukan banyak percubaan untuk mengetahui kesan dari bahan-bahan yang terkandung. Melalui penggunaan komputer, para saintis boleh melayari kesan umum dan menjimatkan masa yang dihabiskan dalam melakukan banyak percubaan di makmal serta menjimatkan wang. Dalam bidang astronomi, komputer memainkan peranan yang lebih besar sejak percubaan makmal dinilai sebagai cara yang lebih keras dan lebih kompleks.

Mungkin sebahagian dari kita menganggap jika komputer yang ditemui masa kini merupakan kemajuan di bidang ilmu dan teknologi yang amat canggih. Tapi jika kita bercakap dengan keimanan, kita akan membandingkan komputer ini dengan serangga kecil seperti nyamuk. Perlu diketahui, nyamuk pasti melampaui peranti komputer. Di otak nyamuk, ada beratus ribu sel dan di setiap sel ada sebuah komputer yang sangat kompleks.

Super komputer ini tentunya memerlukan bangunan yang sempurna dan pasukan jurutera serta penyelidik yang hebat. Begitu juga dengan daya dan kekuatan istimewa, pendingin, peranti pengurangan bunyi, dan sistem kawalan. Jika super komputer hanya mempunyai 65000 pemprosesan sedangkan otak seekor lebah dan serangga lain mempunyai hampir satu juta pemprosesan.

Ini adalah kepala nyamuk. Reka bentuk ini diciptakan Allah swt dengan sempurna dilengkapi mata majmuk yang mempunyai beribu-ribu lensa. Sehingga nyamuk dapat melihat dan mencari jalan dengan mudah ketika terbang. Tanpa reka bentuk sempurna ini nyamuk tidak dapat hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Para saintis bingung dan bertanya-tanya dari mana reka bentuk yang indah ini datang. Jawapannya sangat jelas, Allah swt. tentunya sesuai dengan firman dalam Al-Qur'an:

"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (QS. Az-Zumar: 62).

Otak manusia mempunyai lebih dari satu juta sel saraf yang berfungsi dengan kecekapan tinggi dan dalam koordinasi yang tidak ada bandingannya. Jika kita merenungkan makhluk di bumi ini, kita akan mendapati bahawa otak mereka berfungsi lebih cekap daripada super komputer baru yang ada ketika ini. Semua fakta ini dapat membuktikan kekuasaan Allah,

"Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. "(QS. Luqman: 11).

Sumber:Detik Islam

Alam semesta turut bertawaf


Tawaf adalah berjalan berputar mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Bermula dari sudut batu hitam, Hajar Aswad dan berakhir di sudut yang sama. Membentuk pola lingkaran 360 darjah, yang bergerak melawan arah jam, berputar pada satu titik.

Setiap benda di alam ini juga selalu bergerak berputar untuk menjaga keseimbangan. Di alam mikro, pada bahagian terkecil dari setiap benda yang disebut atom, juga melakukan pusingan dengan arah berlawanan dengan arah jam seperti perputaran (putaran) bumi, elektron-elektron juga akan selalu berputar mengelilingi pusat atom.

Di alam makro, bumi bersama planet-planet yang lain akan sentiasa berputar mengelilingi matahari (berevolusi). Sementara itu matahari bersama bumi, planet-planet lain, dan puluhan bulan juga berputar mengelilingi pusat Galaksi Bima sakti. Di dalam galaksi Bimasakti itu sendiri mempunyai sekitar billion matahari. 

Perjalanan matahari ini juga telah telah dijelaskan dalam Al Qur'an 1400 tahun yang lalu sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Matahari berjalan di tempat peredarannya untuk masa yang telah ditentukan baginya. Itulah ketetapan dari Yang Maha Kuasa lagi Maha mengetahui. Dan bagi bulan telah Kami tetapkan manzilah-manzilah, sehingga dia kembali sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin matahari menyusul bulan dan tidak mungkin malam mendahului siang kerana semua beredar pada garis orbitnya "(QS. Yasiin: 38-40)

Perjalanan matahari mengelilingi pusat galaksi bimasakti (yang disebut black hole) baru diketahui oleh para saintis moden pada akhir abad ke 20, namun telah diucapkan oleh seorang Nabi yang ummi, yang tidak dapat membaca dan menulis, dan belum terdapat yang namanya teleskop. Inilah Firman Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah Muhammad SAW yang akan selalu berjalan seiring dengan waktu dan tidak akan pernah ketinggalan zaman.

Di alam raya ini, tidak hanya ada satu galaksi sahaja iaitu galaksi Bima sakti tetapi terdapat begitu banyak galaksi galaksi yang lain lagi. Dan kesemuanya itu membentuk kluster galaksi. Sistem kluster galaksi yang terdiri atas berbillion objek angkasa seperti matahari, planet, bulan, meteor, asteroid, dan lain-lain yang juga berputar (tawaf) mengelilingi pusat galaksi, yang oleh NASA disebut "Monster Black Hole" kerana saiz yang jauh lebih besar berbanding black hole dalam galaksi bimasakti. Subhanallah, kluster galaksi yang mengandungi trillion objek angkasa itu tidak hanya satu, tapi masih ada berbillion lagi di sana dan semuanya berputar (tawaf) mengelilingi pusat yang tidak diketahui berada di mana kerana hingga kini belum terdapat teleskop tercanggih yang berjaya mengesannya. NASA sendiri mengakui bahawa pengetahuan manusia mengenai alam semesta ketika ini hanyalah sebanyak 3% sahaja berbanding dengan apa yang telah Allah jadikan di muka bumi ini.

Semua benda langit yang sentiasa berputar (tawaf) itu selalu berada dalam keadaan keseimbangan, sebagaimana Allah menjelaskan dalam Al Qur'an yang ertinya:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah yang tidak seimbang. Lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? "(QS. Al Mulk: 3)

Betapa luasnya alam semesta ini. Di langit Allah ini ada berbilion-bilion matahari, planet dan bulan, sehingga benda-benda angkasa jumlahnya bertrillion. Bumi yang kita diami ini sangatlah kecil di antara benda-benda langit yang berjumlah bertrillion itu. Bumi kita ini bagaikan sebutir pasir di antara seluruh pasir yang terhampar di seluruh permukaan bumi. Disanalah manusia tinggal dengan berbagai kesombongannya. Betapa bumi kita ini sangat rapuh dengan berbagai ancaman bahaya dari luar angkasa maupun dari dalam bumi sendiri, dan kita yang tinggal disana tidak mempunyai kekuatan terhadap kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa, pemilik langit dan bumi.

Sementara alam semesta ini bertawaf, bertasbih kepada sang Pencipta, maka manusia sebagai sebahagian daripada alam ini juga sentiasa bertawaf. Kaabah adalah Rumah Allah (Baitullah), simbol keberadaan Allah di bumi, pusat jiwa dan manusia dari segenap penjuru, tempat suci yang penuh cahaya dan tenaga. Di sanalah manusia bertawaf ketika melaksanakan ibadah Umrah dan Haji.

Bayangkan ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah, bulan juga bertawaf mengelilingi bumi yang mengakibatkan terjadinya pergantian waktu bulan. Ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah, bumi juga bertawaf mengelilingi matahari yang mengakibatkan terjadinya pergantian tahun. Bumi bertawaf dengan kelajuan yang luar biasa, iaitu berputar pada paksinya dengan kelajuan 1600 Km / jam, dan juga berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan 107,000 Km / jam. Sungguh sesuatu yang sangat menakjubkan dan itu semuaa hanya berlaku kerana Kuasa Allah SWT. Allah yang Maha Mengetahui, Ar Rosyid telah mengatur semuanya sedemikian rupa agar mencapai keseimbangan alam yang berterusan dengan pergantian waktu yang tepat. Maha Suci Allah dan Benarlah Segala Firman-Firmannya.

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Monday, 1 July 2013

KELEBIHAN BERSEDEKAH


Allah Ta’ala berfirman: "Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) 

Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)

Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261) 

Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.”
(HR. Bukhari)

Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba’ ayat 39).

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” 
(Al Hadid: 18)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” 
(HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)

والله أعلم

Mencari Hakikat Iman Siri 1-4 (Berdasarkan Pengalaman Sebenar)

Mencari Hakikat Iman Siri 1


Kita mengaku bahawa kita beriman kepada Allah. Beriman pada Allah maknanya kita percaya Allah itu ada. Percaya Allah itu sifatnya tunggal tidak dua atau tiga dan seterusnya. Itu perkara logik dan boleh terima.Kalau ada lebih dua pasti boleh gaduh para tuhan ini. Aqidah Islam konsepnya amat jelas.Macam itu juga Tuhan mesti tidak serupa benda.Kalau macam benda matahari ke, bulan ke, patung ke pastinya bukan Tuhan.Apa hebatnya semua benda ini.Patung tu sendiri tak ada apa kuasa macam mana kita hdk harap dia tolong kita.



Hari itu, bila pergi Kemboja perjalanan drp Penom Penh ke Sien Reap menaiki van nampak sepanjang perjalanan suasana banjir. Nampak dgn mata kepala sendiri patung2 sembahan Budhha banyak tengelam.Jadi Budhha sendiri lemas, tak boleh selamatkan diri sendiri, macammana ini boleh disembah.Aqidah Islam boleh tolak itu semua. Maka aqidah kita benar, dah tak salah lagi. Cuma kenapa kita tak yakin-yakin lagi. Ini masalah besar.