Saturday, 11 August 2012

SUNGGUH HEBAT DAN MENGKAGUMKAN! 140 AHLI PARLIMEN MESIR ADALAH PENGHAFAZ AL QUR'AN DAN LEBIH 170 ORANG PEMEGANG IJAZAH PHD



Hebat dan amat mengkagumkan apabila melihat senarai barisan kepimpinan Majlis Rakyat Mesir yang terpilih melalui pilihanraya paling adil baru-baru ini. Untuk pengetahuan buat masa kini Parlimen Mesir telah dianggotai oleh;


- Lebih 140 orang ahli Parlimen  
  yang hafiz Quran.

- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripadasetengah al-Quran.

- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.

- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.

- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun

Rakyat Mesir sebenarnya dianggap bertuah kerana memiliki kepimpinan yang secara nyatanya mempunyai asas-asas kelayakan sebagai pemimpin yang baik. Dengan latarbelakang seperti yang disebutkan di atas sudah diharapkan mereka akan menjadi pemimpin yang berilmu, beragama dan amanah.Sebagai penghafaz al Qur'an kita sudah dapat membayangkan paling tidak mereka ini adalah orang yang megetahui ajaran-ajaran al Qur'an. Apakah dengan pegetahuan seperti itu mereka akan mengabaikan ajaran al Qur'an di dalam aspek kepimpinan.Itulah pilihan yang telah dilakukan oleh rakyat Mesir. Hanya rakyat yang baik sahaja akan tahu memilih pemimpin yang baik.Begitulah sebaliknya, hanya sijahil akan memilih yang jahil juga utk menjadi pemimpin  mereka. 

Apapun, mereka yang layak dipuji di sini ialah rakyat Mesir sendiri. Itulah pilihan mereka.Mereka telah melakukan pemilihan yang betul dan tepat.Mungkin kerana mereka telah merasai penderitaan untuk sekian lamanya hidup dalam penindasan dan kezaliman angkara kepimpinan puak-puak sekular dan sesat.Mereka telah dapat membandingkan mana intan dan yang mana kaca. Kali ini mereka telah memilih pemimpin yang secocok dengan citarasa mereka iaitu mereka yang adil, ikhsan , bertanggungjawab dan beragama.

Dalam kontek dunia Islam pula ahli-ahli parlimen Mesir mungkin boleh dijadikan model. Ini penting kerana kebanyakan negara Islam berhadapan dengan krisis kepimpinan yang amat ketara. Di negara-negara Islam lainnya kebanyakan pemimpin dipilih atas kapasti populariti semata-mata dengan mengabaikan aspek lain seperti aspek ilmu dan agama. Sebab itu, terdapat di dunia Islam ada pemimpin yang dipilih terdiri bekas penyanyi, bintang filem atau ahli sukan. Bukan saya hendak menafikan mereka juga boleh berperanan dalam kepimpinan tetapi dalam kontek dunia Islam global masa kini umat Islam perlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar kuat jati dirinya.Kepimpinan Islam sekarang perlukan individu yang beragama, berilmu pegetahuan dan berkepakaran.

Dunia Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Semua cabaran tersebut kelihatan gagal ditangani oleh para pemimpin sekular untuk sekian lamanya.Akibatnya, sebahagian besar dunia Islam ditimpa kemunduran dalam semua perkara termasuk agama anutannya turut diperkotak katikkan. Lebih menyedihkan banyak negara Islam terlibat di dalam peperangan yang tidak ada penyudahnya. Umat Islam sudah kehilangan kewibawaan dan kredibiliti. Ada negara umat Islam hanya dijadikan tempat  'test' senjata baru dari negara-negara maju. 

Umat Islam benar-benar berada di dalam persimpangan. Justru itu, umat Islam perlukan kepimpinan yang kuat di segi fizikal, spiritual dan intelektuan.Dalam kontek ini pemimpin-pemimpin dari negara Mesir Insyaa Allah boleh dijadikan model ikutan.Insyaa Allah model ini akan menjadi ikutan dan pilihan bagi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam sedang menantikan pemimpin yang mampu membimbing dan memimpin mereka dunia hingga akhirat.

Friday, 10 August 2012

PEMUZIK HEAVY METAL KPD HAMBA ALLH YG TAAT



http://duniacacamarba.blogspot.com,09 Ogs 2012

[Video] Daripada Pemuzik Heavy Metal Punk, Bertatu kepada Hamba Allah yang Taat. Ikuti Kisahnya...

Alhamdullilah!

JIHAD SEORANG MUSLIM DI ERA GLOBALISASI



Tariq Ramadan terjemahan Mohamad Yahya,10 Ogs 2012

Menjadi seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.

Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa. 

Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).

Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal. 

Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global.

Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan. 

FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.




Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki. 

Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia.   

Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat. 

Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.

Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya. 

Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”

Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim. 

Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya. 

Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.

Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.  

Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya. 

Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.

Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya? 

Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut. 

Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka. 

Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya. 

Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri. 

Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri. 

Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis. 

Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.

Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang 
membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan. 

* Ihsan: Gulf News. Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.

THOUSANDS FLOCK TO STATE PALACE FOR NIGHT PRAYERS


Aug 10: Palace doors are normally open to public during Hari Raya open houses  held by the Agong or state royalties, where Malaysians willingly stand in long queues to enjoy free food as well as to get 'duit Raya' packets.


However, in what is believed to be a first in the country, the doors of the Kelantan palace in Kubang Kerian were opened to the public last night, not for food or green packets.

Tens of thousands of people turned up there to join Kelantan ruler, Sultan Muhammad V, in a special programme filled with prayers and religious lectures called 'Qiam With Me' ('Qiam' means 'standing' to denote prayer).

The extraordinary response from the public saw the palace's Dewan Jubli Perak filled to the brim, while throngs of people were seen unable to make way into the hall.

The programme commenced with the Isha prayer, followed by the superogatory Tarawih prayer.

Also present were state leaders, including Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

In the wee hours of the morning, the crowd joined for the much recommended 'Qiyamullail', involving prayers and recitations of the Qur'an which lasted just before dawn. Qiyamullail was regularly practised by the Prophet and is highly recommended in order to get closer to God.

The programme ended after Sahur (pre-dawn meal during Ramadan) and the Subuh congregation

Harakahdaily,10 August 2012

ATLET WANITA ARAB SAUDI DIBERI 'STANDING OVATION' DI OLIMPIX LONDON




Kata orang, kemenangan bukanlah perkara utama, namun lebih penting ialah penyertaan dalam sesuatu acara sukan. Dalam hal ini, Sarah Attar diberi penghormatan dan tepukan gemuruh oleh penonton di stadium ketika menyertai acara larian 800 meter di Sukan Olimpik London.Standing ovation yang diberikan kepada Sarah bukanlah kerana dia menang acara itu, namun dia merupakan atlet wanita pertama yang mewakili Arab Saudi dalam acara di trek di Olimpik.

Penyertaan Sarah merupakan saat bersejarah apabila Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi membenarkan atlet wanita negara itu menyertai Sukan Olimpik di London.

Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.









Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya.

Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."


Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. -DCM










ULASAN:

Bagi saya penghormatan yang diberikan kepada atlet wanita Arab Saudi ini adalah satu penghormatan kepada beliau sendiri sebagai seorang wanita yang berhijab tapi sanggup menunjukan sikap terbuka untuk menyertai acara sukan yang dianggap lasak dan memenatkan.Begitu juga pujian sebenarnya ditujukan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana julung-julung kalinya membenarkan rakyatnya terutama wanita terlibat di dalam sukan secara terbuka. Semua orang maklum bahawa Saudi adalah sebuah negara yang mengamalkan Islam secara agak konservatif termasuk melarang wanitanya  untuk memandu di jalanraya.

Bagi saya apa yang lebih penting di sini ialah penyertaan atlet wanita Saudi yang berhijab tapi mampu bersukan di arena antarabngsa adalah satu gambaran betapa indah dan tolenrasinya agama Islam. Islam sering digambarkan oleh media barat adalah agama yang ganas, mundur  dan antikan kemajuan. Walaupun kita tahu tuduhan itu adalah diada-adakan dan semata-mata rekaan. Namun di dalam situasi tertentu pula ianya seolah-olah menjadi benar. Apa tidaknya, cuba tengok apa yang berlaku di sesetengah negara umat Islam seperti Afghanistan dan seumpamanya. Peperangan berterusan berlaku dan penderitaan yang menimpa rakyat tiada kesudahannya.Maka benarlah dakwaan bahawa Islam adalah agama kolot dan babarian menurut pandangan sesetengah orang barat. Insyaa Allah penyertaan wanita berhijab dari Saudi ini akan membaiki imej buruk yang dicalarkan kepada umat Islam.

Insyaa Allah melalui penglibatan negara-negara Islam di dalam acara sukan seperti ini, ia dapat membantu pembinaan imej positif kepada umat Islam secara keseluruhannya. Apa yang lebih utama di sini ialah umat Islam yang terlibat dengan apa juga aktiviti terutama melibatkan dengan bukan Islam termasuk acara bersukan mereka hendaklah menunjukkan identiti sebenar mereka sebagai seorang Muslim. Saya tertarik, apabila membaca berita bahawa terdapat seorang atlet Muslim yang berpuasa tapi tetap memenangi emas acara sukan olimpix. Kejayaan beliau membuktikan orang Islam juga hebat. Begitu juga mesej penting di sini ialah berpuasa sama sekali tidak memudarat kesihatan sebagaimana sangkaan banyak pihak terutama bukan Islam.

Sukan olimpix kali benar-benar telah diwarnai kepelbagai gelagat manusia. Di samping keseronokan menyaksikan acara-acara  sukan yang dipertandingkan penduduk dunia juga dihidangkan babak-babak keagamaan. Melalui acara pembukaan yang diselitkan propaganda agama Yahudi seterusnya bagi Muslim acara sukan olimpix di bulan Ramadhan telah dijadikan medan untuk berdakwah. Paling tidak mereka berjaya membuktikan bahawa puasa bukanlah ibadah yang memudartkan. Para atlit dari negara-negara Islam mengadakan solat secara secara berjamaah. Jelas mereka telah menghantar mesej-mesej keislaman keseluruh dunia bahawa Islam adalah agama hebat, tolenrasi dan kasih sayang. Insyaa Allah akhirnya kebenaran dan keindahan Islam akan terserlah juga.


MENGAPA AKIL HAYY RESAH ARTIS RAMAI BERHIJRAH ?


Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik. Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS. Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.


Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP". Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang. Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS. Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.

Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah. Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain? Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak? Atau sehingga ke tahap beliau sekarang? Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?

Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain. Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama. Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?

Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita "sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat". Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu? Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.

Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour. Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy. Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati......Itulah jawapan `standard' artis-artis yang hanyut di dunia glamour.../wfauzdin.blogspot.com